Sekolah Kebangsaan Sena

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
  • Warped Lenses: The Lighter Side of MEDIASENA
  • Open Source at SK Sena
  • Pertandingan OpenOffice.org Sekolah Kecemerlangan Zon Utara 2011
  • Independent Daily English Exercise
  • Perlis Open Source Exhibition (POSE) 2011
  • Pencarian Bakat Sena.FM

 

 

Kejohanan Merentas Desa SK Sena 2012

Print PDF

Aktiviti SenaSK SENA, Kangar - Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan Sena telah berlangsung dengan meriah pada 4 Februari 2012. Program tersebut yang merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan sekolah melibatkan semua murid Tahun 3 hingga 6 yang beradaEn. Ahmad Shukri bin Ali melepaskan para peserta kejohanan sambil diperhatikan oleh Guru Besar dalam 6 buah rumah sukan, iaitu Zamrud, Mutiara, Nilam, Berlian, Intan dan Delima. Setiap murid yang mendapat tempat pertama hingga tempat ke-25 untuk setiap aliran dan jantina layak menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing. Kejohanan tahun ini dimenangi oleh rumah sukan Mutiara dengan kutipan sebanyak 78 mata terkumpul.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan aktiviti regangan dan senamrobik melibatkan semua guru dan murid yang hadir. Kemudian, satu sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Shamsul bin Shuib kepada para peserta untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Sebaik sahaja para guru yang bertugas di setiap checkpoint mengambil tempat, para peserta dilepaskan mengikut aliran, bermula dengan murid-murid Tahun 3, diikuti oleh murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), En. Ahmad Shukri bin Ali.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang, di mana semua peserta yang berjaya mendapat tempat pertama hingga ke-10 dalam kategori masing-masing telah menerima pingat kejohanan. Piala Pusingan pula telah disampaikan kepada Ketua Rumah Sukan yang berjaya menjadi Johan. Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan Kejohanan Merentas Desa SK Sena 2012. Di akhir program, satu jamuan telah diadakan untuk meraikan guru-guru yang bertukar keluar, dan guru-guru yang berpindah masuk ke SK Sena pada awal tahun 2012.

 

 

Last Updated on Sunday, 05 February 2012 10:50
 

Lawatan Pemantauan Tawaran Baru Guru Besar

Print PDF

InfoSenaSK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena menerima kunjungan tiga orang pegawai Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada 1 Februari 2012 yang lalu dalam siri pemantauan Tawaran Para pegawai JNJK dalam sesi taklimat awal bersama Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan di Bilik Mesyuarat SK SenaBaru Guru Besar (Bai'ah) ke sekolah-sekolah calon di negeri Perlis. Tawaran Baru Guru Besar merupakan salah satu daripada empat komponen, atau sub-NKRA Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan, selain Prasekolah, Literasi-Numerasi (LINUS) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Dalam lawatan tersebut, para pegawai JNJK yang hadir membuat penilaian ke atas pelaksanaan program-program persekolahan secara keseluruhan. Ini termasuklah bidang akademik, Hal Ehwal Murid, kokurikulum dan pengurusan. Tidak ketinggalan juga pelaksanaan program-program kebitaraan yang telah berlangsung sejak tahun 2008 apabila SK Sena diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia fasa ke-2.

MEDIASENA sempat mengadakan sesi temubual bersama En. Mohammad Harun bin Mohd Saleh, Timbalan Ketua Nazir Negeri, JNJK Pulau Pinang. Turut hadir bersama beliau untuk sesi pemantauan pada hari tersebut ialah En. Azman bin Ali, Pegawai JNJK Perak, serta Pn. Zurita binti Md Ramli, Pegawai JNJK Perlis. Nantikan video temubual di Studio CyKidzCRAZE dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

Last Updated on Sunday, 05 February 2012 11:02
 

Bercakap Dengan Komputer

Print PDF

TechNewsPengenalan

Pernahkah timbul persoalan, bagaimanakah sesebuah program/perisian (software) komputer dihasilkan? Apabila anda membayar sekitar RM 300.00 hingga lebih RM 1000.00 untuk mendapatkan Microsoft Office dengan lesen original, untuk apa bayaran itu sebenarnya? Ataupun beberapa ribu ringgit untuk pakej Adobe Photoshop, atau beberapa ratus ringgit untuk Microsoft Windows? Di manakah penat-lelah yang menuntut semua bayaran tersebut jika perisian-perisian komputer hanya muncul secara tiba-tiba dan dapat disalin dari CD ke CD tanpa menitiskan walau setitik peluh? Pernahkah juga timbul tanda tanya, bagaimana komputer dan perisian yang anda gunakan memahami arahan yang anda berikan? Apabila anda menekan butang 'New' pada perisian Office anda, bagaimana perisian tersebut tahu bahawa anda mahu membuka helaian baru?

Jawapan kepada semua persoalan tersebut sebenarnya terdapat dalam istilah 'Pengaturcaraan Komputer (Computer Programming)', sementara bahasa yang digunakan untuk melaksanakan pengaturcaraan komputer pula disebut sebagai 'Bahasa Pengaturcaraan (Programming Language)'. Bahasa pengaturcaraan ialah arahan yang digunakan olehContoh arahan dalam bahasa pengaturcaraan C. Sumber: Google. para pengaturcara (programmer) di seluruh dunia untuk menghasilkan pelbagai perisian dan aplikasi komputer yang ada hari ini. Apabila seseorang pengaturcara komputer menulis arahan menggunakan mana-mana bahasa pengaturcaraan, arahan tersebut perlu ditafsirkan menjadi bahasa binari (terdiri daripada digit 0 dan 1). Bahasa binari merupakan satu-satunya bahasa yang dapat difahami oleh komputer secara langsung tanpa memerlukan bantuan penterjemah. Proses pentafsiran ini dilakukan oleh program komputer yang disebut sebagai 'compiler'. Jika anda membayangkan seorang pengaturcara seperti seorang tukang masak, bahasa pengaturcaraan pula dapat dianggap sebagai segala ramuan yang diperlukan untuk menghasilkan satu-satu masakan, sementara compiler pula menjadi dapur, periuk dan belanga yang digunakan untuk memasak/memproses ramuan tersebut. Makanan yang terhasil di akhir proses berkenaan pula merupakan perisian komputer yang boleh digunakan oleh pengguna biasa seperti kita semua. Terdapat beberapa jenis bahasa pengaturcaraan, dan perbincangan kita akan berfokus kepada Bahasa Pengaturcaraan Compiler (Compiler Language) dan Bahasa Pengaturcaraan Terjemahan (Interpreted Language). Setiap jenis tersebut pula terdiri daripada beberapa bahasa pengaturcaraan seperti yang digariskan di bawah, sementara contoh untuk setiap bahasa pengaturcaraan akan diberikan di hujung artikel ini.

Compiler Language

Antara bahasa pengaturcaraan yang termasuk dalam kategori ini ialah C, C++, BASIC, COBOL, Fortran, Pascal dan banyak lagi. Setiap bahasa pengaturcaraan ini mempunyai fungsi, kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pilihan untuk menggunakan yang mana satu bergantung kepada keperluan terhadap perisian yang ingin dihasilkan. Sebagai contoh, Fortran yang berasal daripada IBM Mathematical Formula Translating System merupakan sejenis bahasa pengaturcaraan yang lebih sesuai untuk pengiraan kompleks dalam bidang Sains, Kejuruteraan dan Matematik. Pada masa yang sama, bahasa pengaturcaraan C pula sesuai digunakan untuk menghasilkan sistem dan aplikasi komputer, sementara C++ pula merupakan bahasa pengaturcaraan yang berasal sebagai tambahan kepada C, namun kini berdiri sendiri sebagai bahasa yang lengkap. Sebagai bahasa compiler, perisian yang terhasil daripada semua bahasa ini tidak lagi terikat dengan arahan asal masing-masing. Sebaik sahaja setiap arahan selesai diproses oleh compiler, perisian-perisian yang terhasil dapat digunakan tanpa kehadiran bahasa pengaturcaraan yang menghasilkan perisian-perisian tersebut, atau apa yang lebih dikenali sebagai kod sumber (source code). Keadaan ini juga mewujudkan dua kelas perisian yang ada pada masa kini, iaitu sumber terbuka (open source) dan sumber tertutup (closed source). Mana-mana perisian yang memberikan arahan atau bahasa pengaturcaraan asal yang menghasilkan perisian berkenaan kepada pengguna untuk Contoh arahan dalam bahasa pengaturcaraan Fortran. Sumber: Google.diteliti, diubahsuai, diproses dan diterbitkan semula disebut sebagai perisian sumber terbuka. Mana-mana perisian yang merahsiakan kod sumber dan melarang kebebasan tersebut pula disebut sebagai perisian sumber tertutup.

Interpreted Language

Salah satu kelebihan compiler language ialah perisian yang terhasil dapat terus dijalankan oleh komputer tanpa perlu membaca arahan asal baris-demi-baris. Ini penting kerana sebahagian daripada perisian tersebut lahir daripada berjuta-juta baris bahasa pengaturcaraan, antaranya sistem operasi komputer seperti GNU/Linux, Windows dan Macintosh, serta perisian-perisian yang bersaiz besar seperti Adobe Photoshop dan Sony Vegas (penyunting video). Kekurangannya pula, sebarang perubahan tidak dapat dilakukan terus pada perisian yang terlibat, dan perlu dilaksanakan pada kod sumber asalnya, kemudian diproses (compiled) semula untuk menghasilkan perisian baru. Setiap kali anda membeli versi Microsoft Windows yang baru, atau menaiktaraf perisian antivirus anda kepada versi yang terkini, inilah yang dilakukan oleh para pengaturcara yang bertugas di syarikat-syarikat yang mengeluarkan perisian-perisian tersebut.

Di sinilah kelebihan interpreted language menjadi ketara. Perisian komputer yang ditulis menggunakan salah satu daripada pelbagai bahasa pengaturcaraan terjemahan tidak perlu diproses menjadi perisian yang siap, kerana setiap interpreted language mempunyai penterjemah/pentafsir (interpreter) yang membantu komputer untuk memahami arahan yang diberikan. Sebagai contoh, server yang menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP untuk membina laman web perlu mempunyai program interpreter PHP itu sendiri, atau laman web tersebut tidak dapat dipaparkan dengan betul kepada pengguna. Begitu juga dengan bahasa pengaturcaraan Python yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai skrip operasi dan (kadangkala) permainan komputer. Setiap komputer yang ingin menggunakan perisian yang dihasilkan menggunakan Python perlu mempunyai interpreter Python yang dapat dimuatturun dan dipasang (install) secara percuma. Selain itu, terdapat juga bahasa pengaturcaraan terjemahan yang mempunyai tugas khusus seperti MATLAB, Mathematica dan Octave yang digunakan untuk tujuan pengiraan kompleks dalam pelbagai bidang, JavaScript untuk pembinaan aplikasi tambahan di dalam dan di luar laman web, serta PostScript untuk tujuan penerbitan dan percetakan elektronik. Sebarang perubahan kepada perisian-perisian yang terhasil Contoh arahan dalam bahasa pengaturcaraan PHP. Sumber: Google.daripada bahasa-bahasa ini dapat dilakukan kepada arahan asal, dan perubahan tersebut akan terus muncul tanpa perlu dicompile semula. Namun, faktor ini juga menjadi kelemahan bahasa jenis ini apabila setiap arahan perlu dibaca baris-demi-baris setiap kali menjalankan perisian yang dihasilkan.

Rumusan

Seperti yang telah dinyatakan, setiap jenis dan bahasa pengaturcaraan mempunyai fungsi, kelebihan dan kekurangan masing-masing. Yang penting bagi setiap syarikat teknologi dan pengaturcara yang ingin menghasilkan satu-satu program komputer ialah untuk mengetahui bahasa pengaturcaraan yang sesuai untuk program tersebut, dan ini pula bergantung kepada fungsi program yang ingin dihasilkan. Jika anda ingin menghasilkan sistem komputer anda sendiri, C mungkin merupakan bahasa yang paling sesuai. Bagi mereka yang berminat untuk menghasilkan laman web interaktif pula, PHP dapat memenuhi kehendak tersebut. Untuk pengiraan kompleks melibatkan graf 3-Dimensi dalam Matematik pula, Octave dapat memberikan hasil yang memuaskan.

Jika anda berminat untuk cuba menghasilkan program/perisian komputer anda sendiri, contoh-contoh ringkas setiap bahasa yang disebutkan di atas dan banyak lagi dapat diperolehi menggunakan enjin carian Internet seperti Google (www.google.com). Tidak perlu juga membazirkan wang untuk membeli compiler, kerana dunia Sumber Terbuka menawarkan compiler percuma seperti GCC (GNU C Compiler) untuk bahasa pengaturcaraan C. Jika anda berminat untuk menjadi seorang pengaturcara komputer pula, anda boleh melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer, di mana sahaja ia ditawarkan. Murid-murid sekolah rendah dan menengah boleh mula berjinak-jinak dengan konsep arahan komputer melalui perisian-perisian mudah seperti Scratch dan KTurtle. Prospek kerja dalam bidang pengaturcaraan komputer juga amat luas. Syarikat-syarikat teknologi multinasional seperti Google, Red Hat dan IBM memerlukan mereka yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi untuk memastikan kedudukan syarikat terus kukuh dalam pasaran yang semakin berkembang dan persaingan yang semakin sengit. Tidak keterlaluan juga untuk dikatakan bahawa Malaysia juga satu hari nanti akan lebih memerlukan syarikat, pengeluar dan pengaturcara komputernya sendiri, dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada produk luar.

Yang penting untuk kita semua ketika ini ialah untuk memahami serba sedikit tentang konsep yang dibincangkan di sini. Jika anda ditanya, bagaimana perisian komputer dihasilkan, kini anda tahu jawapannya. Jika ditanya pula, apa itu bahasa pengaturcaraan komputer, anda tidak perlu lagi terpinga-pinga. Jika timbul selepas itu soalan tentang sumber terbuka, jawapnya, kod sumber arahan komputer yang bebas untuk semua.

Kaedah ringkas untuk memaparkan frasa Sekolah Kebangsaan Sena dalam beberapa bahasa pengaturcaraan - Sumber: Google

BAHASA ARAHAN (KOD SUMBER)
C #include <stdio.h>
main()
{
printf("Sekolah Kebangsaan Sena");
}
C++ #include <iostream>
using namespace std;
int main ()
{
cout << "Sekolah Kebangsaan Sena";
return 0;
}
Python print "Sekolah Kebangsaan Sena"
PostScript %!PS
1.00000 0.99083 scale
/Courier findfont 12 scalefont setfont
0 0 translate
/row 769 def
85 {/col 18 def 6 {col row moveto (Sekolah Kebangsaan Sena)show /col col 90 add def}
repeat /row row 9 sub def} repeat
showpage save restore
BASIC 10 PRINT "Sekolah Kebangsaan Sena"

Binary

Sumber: www.convertbinary.com

01010011 01100101 01101011 01101111 01101100 01100001 01101000 00100000 01001011 01100101 01100010 01100001 01101110 01100111 01110011 01100001 01100001 01101110 00100000 01010011 01100101 01101110 01100001


Last Updated on Tuesday, 31 January 2012 10:11
 

Shining A Light On The Path To The Future

Print PDF

InfoSenaThere is one major question that permeates our entire educational environment today. It is the question of intellectual pursuit. How much of it are we providing for our students? Are we, in fact, provoking them to engage in active and creative thinking during and outside classroom sessions? Or are we simply teaching them how to answer exam questions correctly (as far as our definition of correctness goes) and memorize how to perform routine activities as deemed fit for display?

In this day and age, the pedagogical methods of one-way-information-flow, tiring-repetitions and mindless, non-productive choreographies just don't seem to cut it anymore. Not when the students' well-being and intelligence are concerned. Without saying that the methods themselves are outdated, the workforce requirements of the modern day (and of the future for that PROPER in sessionmatter), which depend so much on knowledge, skills and technologies, expect more than the type of workers who push paper, after paper, after paper because they are told to do so, or because it's what everyone else does. In a country that claims to be on the fast track towards progress and development, its talent pool of nation builders must be filled with those who are capable of coming up with fresh, new ideas and mustering courageous determination to change for the better. If we still penalize our students when they talk back (politely, intelligently and meaningfully, of course), they may never talk at all. Not even when they become part of the nation's leadership, when they are supposed to be defending the rights of the people, and working towards strengthening Malaysia's position on the global stage. 2020 might come and go, but without the correct foundations in place, the dreams of a perfect society to be achieved by then may never come to pass.

It is with these considerations in mind that we try to educate our students at SK Sena in bolder and more creative ways. We like to make them understand that the most important thing to be produced as students are creative ideas, not correct answers. That comes second. We also like to teach them that it doesn't matter if they make mistakes, as long as they learn TuxPaint contestfrom them and become better persons at whatever they do, the next time they do it. We encourage them to express their opinions, clear all lingering doubts by asking more and more questions, and to never suppress their curiosities. We never deny their rights to be playful, as all children should be, as long as they understand how fast and far they should and should not go. At least, that's what we hope we have been doing all this while.

Part of the concerted efforts to achieve such a thriving educational environment is executed through the creative use of technologies available to us as teachers and students. Free (as in freedom) and open source softwares play a vital part in ensuring that everyone gets an equal chance to unleash his or her thinking prowess, be it at school, or at home. At SK Sena, we use Scratch to teach our students the concept of computer programming through fun and exciting animations. The same software was part of the UK's Education Secretary, Michael Gove's suggestions in revamping their entire ICT curriculum (The Guardian, January 11th 2012: Michael Gove To Scrap 'Boring' IT Lessons). The announcement came out about a fortnight after SK Sena began using Scratch, thanks to an introduction by Sultan Idris Education University (UPSI). It was quite a pleasant coincidence. And then there's Blender, a 3DNews session in the studio production suite capable of generating Hollywood-quality materials. Search for "Blender movie" on YouTube, and you'll find some of the best examples available. Work is also in place to bring softwares like Tux Paint, Kdenlive, GIMP and Inkscape to the masses, as opposed to using them solely within the confinements of focus groups. This should allow more teachers and students to get acquainted to the more creative side of education.

Softwares aside, hardware plays an equally important role in creating a wholesome, intelligence-nurturing surrounding in which we can mold our students into shape, preparing them to take on challenges beyond their wildest imaginations. An environment that is equipped with carefully planned and effective tools will be able to train its inhabitants to learn and work effectively. That's why, at SK Sena, we use all resources at hand, including the generous contributions from all parties involved, to build facilities that promote active participation among students, especially in activities that go well beyond their classroom syllabus. There's an audiovisual recording studio, a digital processing lab, a Mathematics Access Center, a training arena for the school's jumprope team, and a public speaking spot, in addition to the standard facilities accorded to all schools. In fact, the entire school compound is littered with Telling it to the worldcontents, ready to be absorbed, assimilated and applied for the benefit of everyone.

Overcoming intellectual challenges is difficult. So much so that there are those who would rather take the easy way out, and showcase the simpler, less cerebral aspects of the education system as a sign of progress and showmanship. Not to say that there is no advantage at all in doing so, but we also need to show our resolve in creating a generation of thinkers, directors, producers, corporate leaders, technocrats and problem solvers, and the only way to do this is to ensure that intellectual accomplishments are given the priority they deserve. Let us revel not only upon the fact that our students can do what we tell them to do, step by excruciating step, but also that they are capable of coming up with new and better ways to solve problems and overcome obstacles. Let us rejoice not only because our students entertain us, but also, surprisingly sometimes, because they outdo, outperform and outthink us. And finally, let us hope that our future generations will put their youthful vigor and intellect before blind subservience, and knowledge before entertainment. Let us pray so those who will pick up the torch from us in this ever expanding race, who will someday carry on the name of Malaysia, will be able to see the world in a much more intelligent way than we do right now, secure in the knowledge that they are indeed capable of knowing what needs to be known, and of doing what needs to be done. And let us all strive in unison, so that sooner rather than later, each and everyone of us will be a part of building that great future.

 

Last Updated on Friday, 20 January 2012 14:53
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Galeri Sena

Dasar KPM


Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

1Murid 1Sukan

NKRA Pendidikan

Rancangan Malaysia Ke-10 (Pendidikan)

Forum SK Sena

Hubungi Kami

Statistik Lawatan

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini183
mod_vvisit_counterKelmarin892
mod_vvisit_counterMinggu Ini1722
mod_vvisit_counterMinggu Lepas6477
mod_vvisit_counterBulan Ini5296
mod_vvisit_counterBulan Lepas28168
mod_vvisit_counterKeseluruhan359924

Hari Ini: 07 Feb 2012

Sena.FM Test Broadcast

Pengumuman Aktiviti

Last month February 2012 Next month
M T W T F S S
week 5 1 2 3 4 5
week 6 6 7 8 9 10 11 12
week 7 13 14 15 16 17 18 19
week 8 20 21 22 23 24 25 26
week 9 27 28 29
No events

Translations

Terkini

Updated:

4 video SK Sena terpilih memasuki senarai 100 video terbaik daripada beratus-ratus penyertaan seluruh dunia dalam pertandingan What's Your News? anjuran British Council, United Kingdom. Video-video tersebut kini boleh ditonton di laman web rasmi pertandingan tersebut (http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en/competition-results). Anda juga boleh mengundi video-video kesukaan selepas mendaftar di halaman tersebut.

Aktiviti Sekolah Kluster

Pautan

Malay College Kuala Kangsar
 
MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Broadband Utara

Kementerian Pelajaran Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

 Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pelajaran Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A
 
EDUWEBTV
 
GNUs Not Unix
 
Linux

Celebrating Linux


Tahukah Anda?

Maksud kalam Allah dalam Surah Luqman, ayat 6:

             Dan di antara manusia (ada) yang mempergunakan perkataan yang sia-sia untuk menyesatkan (manusia) daripada jalan Allah tanpa 'ilmu dan menjadikan jalan Allah itu sebagai olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh 'azab yang menghinakan.

Maksud sabda Rasulullah S.A.W dalam hadith sahih riwayat Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ahmad dan Ibnu Hibban

...barangsiapa meniti suatu jalan untuk mencari 'ilmu, dipermudahkan Allah untuknya jalan ke syurga...

Maksud firman Allah dalam surah al-Mujadilah, ayat 11

[supaya] Allah meninggikan yang beriman di antara kamu, dan yang diberi 'ilmu beberapa darjat.

Maksud sabda Rasulullah dalam hadith sahih riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad

Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan untuknya oleh Allah, Allah akan memberikannya kefahaman dalam agama...

Maksud sabda Rasulullah S.A.W dalam hadith sahih riwayat Ibnu Majah

Menuntut 'ilmu itu wajib ke atas setiap Muslim.

Maksud kalam Allah dalam surah al-Israa', ayat 36

Dan jangan sekali-kali kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai 'ilmu tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan disoal.

Maksud kalam Allah dalam surah az-Zumar, ayat 65:

...jika kamu melakukan syirik, pasti batal segala 'amalan kamu, dan pasti kamu tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.

Maksud sabda Rasulullah S.A.W riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahawa tidak ada ilah yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat dan menunaikan zakat...

Maksud kalam Allah dalam surah al-'Asr:

Demi masa! Sesungguhnya insan berada dalam kerugian. Kecuali yang berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran.