Sekolah Kebangsaan Sena

Apa Itu CyQUEST?

Logo CyQUEST

S.E.N.A CyQUEST merupakan lembayung kepada beberapa projek yang menjadi komponen utama dalam pelan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di Sekolah Kebangsaan Sena (SK Sena), hasil daripada kebitaraan yang diperolehi melalui pengiktirafan SK Sena sebagai salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia. Semua projek berkenaan dibangunkan melalui kemudahan teknologi yang sedia terdapat di SK Sena, dan yang baru dipasang melalui peruntukan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Pembangunan dan penyelenggaraan projek-projek ini dijalankan sendiri oleh warga SK Sena.

Sehingga kini, sudah terdapat sebanyak enam komponen utama di bawah program CyQUEST, di mana setiap satunya mewakili projek yang telah dibangunkan, sedang dibangunkan atau masih berada dalam peringkat perancangan. Setiap komponen berkenaan melibatkan aplikasi ICT secara menyeluruh. Ini termasuklah rangkaian (network/LAN), sambungan internet (WAN), penghasilan bahan-bahan multimedia dan audiovisual dan lain-lain lagi. Memandangkan kebanyakan aktiviti yang dijalankan menggunakan talian sedia ada dan perisian-perisian sumber terbuka serta beberapa peralatan yang disumbangkan oleh pihak-pihak swasta, kos yang ditanggung dalam menjalankan aktiviti bagi setiap komponen CyQUEST adalah amat rendah.

S.E.N.A CyQUEST, seperti mottonya, Enabling Technology, merupakan satu jawatankuasa yang berkhidmat kepada Sekolah Kebangsaan Sena untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada warga SK Sena mengenai pelbagai teknologi terkini dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang ada dan sedia untuk digunakan, namun masih belum menerima sambutan yang meluas. Dengan pendedahan kepada teknologi-teknologi berkenaan, CyQUEST berhasrat untuk menjadikan seluruh warga SK Sena lebih peka dan lebih berani menghadapi perkara-perkara baru di dalam bidang ini, yang kebanyakannya dapat menghasilkan manfaat yang tidak terhitung jika mampu digunakan dengan betul. CyQUEST juga berusaha untuk membina persekitaran ICT yang menyeluruh pada tahap yang tinggi berbanding kebanyakan institusi pelajaran rendah dan menengah di negara ini.

 

 

Terkini

Ujian saringan Permata Pintar UKM1 dilanjutkan sehingga 31 Mei 2013. Lawati http://ukm1.permatapintar.edu.my/ untuk menduduki ujian tersebut.

Excellent 70

Royal Perlis Celebration Golf 2013 Media Launch at The Mines Resort & Golf Club, Seri Kembangan, Selangor04.06.2013 08:00 15 Days

Translations

Integrasi Antarabangsa

Dasar KPM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

1Murid 1Sukan

NKRA Pendidikan

Rancangan Malaysia Ke-10 (Pendidikan)

 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Bookmark Us

Bookmark SK Sena

 

SK Sena RSS Feed

 

Hubungi Kami

Tel: +604-9772204
Fax: +604-9772203
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 

Aktiviti

May 2013
SMTWTFS
282930 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 311
Wed May 22 @ 3:00PM - 04:00PM
PROPER Prasekolah
Wed May 22 @ 4:00PM - 05:00PM
PROPER Tahun 1
Thu May 23 @ 3:00PM - 04:00PM
PROPER Tahun 3
Thu May 23 @ 4:00PM - 05:00PM
PROPER Tahun 2
Fri May 24 @ 3:00PM - 05:00PM
PROPER Tahun 4, 5 dan 6

Komitmen kami untuk Perisian Sumber Terbuka dan Bebas

FOSS @ Sena

Aktiviti Sekolah Kluster

Statistik Kunjungan

0964729
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
397
2665
397
61554
78716
964729
Loading ...