Sekolah Kebangsaan Sena

Articles

Lawatan PPD dan MGB Kluang, Johor

SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena telah menerima satu lawatan daripada Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah dan Guru-Guru Besar dari Kluang Johor pada 16 November, 2009. Rombongan yang tiba pada jam 10.30 pagi itu telah disambut oleh Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sena di Dataran Sena dan dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk sesi taklimat berkaitan pengurusan sekolah dan sumber manusia yang dipengerusikan sendiri oleh Tn. Hj. Hussin bin Mustafa, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kluang (Unit Sekolah Rendah) dan disampaikan oleh Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim. Ucapan balas bagi taklimat tersebut pula disampaikan oleh En. Hassan bin Sarkon, Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Intan, Kluang , Johor.

Selesai taklimat, para pelawat dipersilakan menikmati jamuan ringan yang disediakan sebelum dibawa melihat sekitar kawasan SK Sena dan bilik-bilik khas yang terdapat di sini. Kru CyKidzCRAZE berkesempatan menemuramah tiga orang wakil dari Kluang, iaitu Tn. Hj. Hussin bin Mustafa, En. Hassan bin Sarkon dan Pn. Kamariah binti Abu Bakar, Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan LKTP Kahang Timur. Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada PPD dan MGB Kluang atas lawatan tersebut.

 

Dapatkan video temuramah sempena lawatan ini
di Galeri Video SK Sena

 

Tweet Sena

Translations

Dasar KPM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

1Murid 1Sukan

NKRA Pendidikan

Rancangan Malaysia Ke-10 (Pendidikan)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Penanda Buku

Bookmark SK Sena

Hubungi Kami

Logo SK Sena
 
Sekolah Kebangsaan Sena
(SK Sena)
01000 Kangar, Perlis
Malaysia
 
Tel: +604-9772204
Fax: +604-9772203
 
Koordinat GPS

Malaysian Venue

Code Club World Venue

Komitmen kami untuk Perisian Sumber Terbuka dan Bebas

FOSS @ Sena

LibrePlanet 2014

Statistik Kunjungan

2753332
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
736
547
3855
2437
11139
Loading ...