Sekolah Kebangsaan Sena

Articles

Malaysia Open Source Conference 2010

MOSC 2010

 

TIMES SQUARE, Kuala Lumpur - Seramai dua orang staf SK Sena, iaitu  Ahmad Ferdaus bin Abd Razak (Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST) dan Saifur Ridzwan bin Mustafa (Penyelaras Sekolah Kluster) berada di sini bagi mewakili sekolah sebagai peserta dalam Malaysia Open Source Conference (MOSC) 2010 yang bermula hari ini dan berakhir pada 1 Julai 2010. Persidangan yang  dianjurkan oleh OSCD.my dengan kerjasama MAMPU dan MDeC serta dengan sokongan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu memaparkan pembentang-pembentang kertas kerja dan bengkel yang dikendalikan oleh penggiat-penggiat sumber terbuka dari seluruh dunia. Beberapa bahan program-program sumber terbuka SK Sena juga telah diterima oleh sekretariat persidangan untuk paparan semasa program tersebut.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Datuk Badlisham Ghazali, CEO Multimedia Development Corporation (MDeC), sementara ucaptama pembukaan pula disempurnakan oleh Dato' Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah MAMPU. Pembentangan MOSC 2010 kemudiannya dimulakan oleh Frank Feldmann dari Red Hat Asia Pacific/Japan. Antara pembentang lain yang dijadualkan untuk menyampaikan bahan masing-masing di MOSC 2010 ialah Prof. Madya Dr. R. Badlishah bin Ahmad dari Universiti Malaysia Perlis dengan tajuk Embedded GNU/Linux System: A Smart Camera, Amzari Abu Bakar dari UiTM dengan tajuk Koha Open Source Integrated Library System Workshop, Walter Heck dari Olindata Australia dengan tajuk Monitoring with Zabbix, Dr. Shinji Kobayashi dari Ehime Universiti Jepun dengan tajuk Open Source Software in Medicine and its Cultivation in Japan, Suhas Desai dari Tech Mahindra India dengan tajuk Open Source for Securing Data with Advanced Steganography Technology dan banyak lagi.

 

Translations

Dasar KPM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

1Murid 1Sukan

NKRA Pendidikan

Rancangan Malaysia Ke-10 (Pendidikan)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Penanda Buku

Bookmark SK Sena

Hubungi Kami

Logo SK Sena
 
Sekolah Kebangsaan Sena
(SK Sena)
01000 Kangar, Perlis
Malaysia
 
Tel: +604-9772204
Fax: +604-9772203
Koordinat GPS

Malaysian Venue

Code Club World Venue

Komitmen kami untuk Perisian Sumber Terbuka dan Bebas

FOSS @ Sena

LibrePlanet 2014

Statistik Kunjungan

3190073
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
127
341
468
1922
8249
Loading ...