Sekolah Kebangsaan Sena

Perkhemahan Badan Beruniform 2010

IPG, Behor Pulai - Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sena telah menganjurkan satu perkhemahan badan beruniform di Tapak Perkhemahan Institut Pendidikan Guru Perlis pada 23 hingga 25 Julai yang lalu. Perkhemahan tersebut telah disertai oleh murid-murid Tahap 2 seramai hampir 100 orang yang mewakili badan beruniform masing-masing yang terdiri daripada Pengakap, Pandu Puteri Tunas, Persatuan Bulan Sabit Merah, Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Puteri Islam.

Perkhemahan tersebut memaparkan beberapa aktiviti yang dijalankan untuk membina jatidiri dan disiplin, serta menimbulkan kesedaran dalam diri peserta. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Campcraft, iaitu kelas kemahiran asas pembinaan khemah dan pemilihan tapak yang sesuai untuk membangunkan khemah, latihan kawad kaki, laluan berhalangan, persembahan kebudayaan, nightwalk, blindtrail dan sesi motivasi. Semua acara tersebut telah dijalankan oleh para fasilitator IPG Perlis.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru dan ahli-ahli jawatankuasa PIBG yang hadir menghulurkan bantuan, khususnya dari segi pengawasan program dan penyediaan makanan sepanjang perkhemahan. Sekalung penghargaan juga kepada para fasilitator IPG Perlis yang telah mencurahkan idea, masa dan tenaga sepanjang perkhemahan berlangsung untuk memastikan agar pengisian program yang diterima oleh para peserta berjalan dengan penuh bermakna. Semoga kerjasama dan semangat muhibbah yang ditunjukkan semasa perkhemahan kali ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

Liputan Perkhemahan Badan Beruniform SK Sena 2010 telah disediakan oleh CyKidzCRAZE. Nantikan video perkhemahan tersebut di Galeri Video SK Sena.

 

 

 

Terkini

Ujian saringan Permata Pintar UKM1 dilanjutkan sehingga 31 Mei 2013. Lawati http://ukm1.permatapintar.edu.my/ untuk menduduki ujian tersebut.

Excellent 70

Royal Perlis Celebration Golf 2013 Media Launch at The Mines Resort & Golf Club, Seri Kembangan, Selangor04.06.2013 08:00 14 Days

Translations

Integrasi Antarabangsa

Dasar KPM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

1Murid 1Sukan

NKRA Pendidikan

Rancangan Malaysia Ke-10 (Pendidikan)

 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Bookmark Us

Bookmark SK Sena

 

SK Sena RSS Feed

 

Hubungi Kami

Tel: +604-9772204
Fax: +604-9772203
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 

Aktiviti

May 2013
SMTWTFS
282930 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 311
Wed May 22 @ 3:00PM - 04:00PM
PROPER Prasekolah
Wed May 22 @ 4:00PM - 05:00PM
PROPER Tahun 1
Thu May 23 @ 3:00PM - 04:00PM
PROPER Tahun 3
Thu May 23 @ 4:00PM - 05:00PM
PROPER Tahun 2
Tue Jun 04
RoyalPCG Press Launch

Komitmen kami untuk Perisian Sumber Terbuka dan Bebas

FOSS @ Sena

Aktiviti Sekolah Kluster

Statistik Kunjungan

0966118
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Bulan Ini
Bulan Lepas
Keseluruhan
145
1641
1786
62943
78716
966118
Loading ...