Sekolah Kebangsaan Sena

Articles

Karnival Sekolah Kecemerlangan

Aktiviti SenaSKSAT, Jitra - Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping, Perak dan Sekolah Kebangsaan Sena berada di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin pada 25 September yang lalu dalam program Karnival Sekolah Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan melibatkan permainan futsal wanita dan bola jaring. Acara yang berlangsung sekitar jam 9.30 pagi itu dimulakan dengan senam seni yang diketuai oleh delegasi SKPasukan futsal wanita dan bola jaring serta guru-guru pengiring SK Sena bersama hadiah kemenangan dalam Karnival Sekolah Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2011 Convent Kota dan disertai oleh semua peserta murid yang mengambil bahagian. Seterusnya, para peserta telah diberi taklimat mengenai pertandingan-pertandingan yang berlangsung sepanjang program pada hari berkenaan. Kedua-dua permainan dimainkan dalam format liga tiga pasukan dan pemenang ditentukan berdasarkan kutipan mata bagi setiap liga.

Pasukan futsal SK Sena memulakan aksi dengan menentang pasukan SK Convent Kota. Dalam perlawanan tersebut, pasukan SK Sena menewaskan pasukan SK Convent Kota dengan jaringan 3 - 0. Perlawanan kedua pula menyaksikan keputusan seri pada kedudukan 0 - 0 antara SK Sena dengan SK Sultan Ahmad Tajuddin. Jumlah kutipan mata di akhir perlawanan meletakkan SK Sena sebagai johan pertandingan futsal dengan kelebihan jaringan gol berbanding SK Sultan Ahmad Tajuddin. Sementara itu, perlawanan bola jaring pula dikuasai oleh pasukan SK Sena yang turut muncul johan dengan kemenangan dalam kedua-dua perlawanan yang dihadapi.

Majlis penutup berlangsung sekitar tengahari selepas jamuan ringan yang disediakan untuk semua guru dan murid yang hadir dalam program berkenaan. Kumpulan tarian SK Sultan Ahmad Tajuddin telah mempersembahkan satu persembahan yang amat menarik sebelum majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Selain menyertai pertandingan-pertandingan yang dijalankan, rombongan SK Sena juga turut berkesempatan melawat sekitar kawasan SK Sultan Ahmad Tajuddin yang merupakan salah sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi di negara ini.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada SK Sultan Ahmad Tajuddin dan SK Convent Kota kerana sudi menjemput SK Sena sebagai salah sebuah sekolah peserta dalam Karnival Sekolah Kecemerlangan Peringkat Kebangsaan 2011. Liputan program telah disediakan oleh MEDIASENA. Nantikan video liputan dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

Translations

Dasar KPM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

1Murid 1Sukan

NKRA Pendidikan

Rancangan Malaysia Ke-10 (Pendidikan)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Penanda Buku

Bookmark SK Sena

Hubungi Kami

Logo SK Sena
 
Sekolah Kebangsaan Sena
(SK Sena)
01000 Kangar, Perlis
Malaysia
 
Tel: +604-9772204
Fax: +604-9772203
Koordinat GPS

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers