Articles
Anugerah Perisian Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia
- Details
- Dikemaskini pada Sabtu, 02 Februari 2013 10:59
- Diterbitkan pada Khamis, 01 Disember 2011 17:23
- Pengarang: SK Sena
![]()
Pengenalan
Anugerah Perisian Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia (MyGOSS) merupakan satu anugerah yang telah dilancarkan mulai tahun 2011 oleh Open Source Competency Center (OSCC) di bawah seliaan dan penganjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Anugerah tersebut diwujudkan dengan matlamat untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada organisasi Sektor Awam di Malaysia yang telah berjaya menggunakan Perisian Sumber Terbuka (Free, Libre, Open Source Software atau FLOSS / OSS) untuk meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan dan penggunaan ICT yang berkesan. Penyampaian anugerah MyGOSS dilakukan setiap tahun sempena majlis penutupan Persidangan Perisian Sumber Terbuka Kerajaan Malaysia (MyGOSSCON).
Objektif
Penganugerahan MyGOSS dibuat berdasarkan objektif-objektif berikut:-
- Menilai penggunaan Perisian Sumber Terbuka dalam meningkatkan prestasi, kecekapan, inovasi dan produktiviti organisasi yang terlibat.
- Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada organisasi yang terlibat atas usaha, kreativiti dan inisiatif yang telah ditunjukkan untuk menjayakan penggunaan Perisian Sumber Terbuka dalam Sektor Awam Malaysia.
- Mewujudkan profil implementasi Perisian Sumber Terbuka untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan melalui penandaarasan.
- Mewujudkan persaingan sihat antara agensi-agensi Sektor Awam dalam penggunaan Perisian Sumber Terbuka ke arah penyampaian perkhidmatan yang berkualiti dan berdayasaing.
Anugerah Pertama
Sekolah Kebangsaan Sena, Kangar, Perlis mencatat sejarah Anugerah MyGOSS apabila projek sekolah yang bertajuk MEDIASENA - Implementasi Sumber Terbuka Dalam Multimedia telah terpilih daripada 32 penyertaan agensi-agensi kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi seluruh negara untuk menjadi johan dalam pertandingan yang diadakan buat julung-julung kalinya sempena MyGOSSCON pada 29 - 30 November 2011. Projek tersebut membentangkan bagaimana pihak sekolah menggunakan Perisian Sumber Terbuka sepenuhnya dalam penghasilan bahan-bahan multimedia terbitan studio audiovisual kendalian murid, MEDIASENA. Selain itu, Perisian Sumber Terbuka turut digunakan secara aktif dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan untuk membantu meningkatkan kreativiti serta jati diri murid yang terlibat. Tema pembentangan projek SK Sena yang dipilih sebagai Pemenang Pertama Anugerah MyGOSS Tahun 2011 ialah "Menangani cabaran teknologi untuk mencipta peluang ke arah pendidikan berkualiti". Selain SK Sena, antara pihak lain yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan kali pertama ialah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelajaran Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.
Maklumat lanjut tentang Anugerah MyGOSS boleh dilayari di http://mygosscon.oscc.org.my/2011/mygoss-award-english.
A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System
Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?
A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.
- Linus Torvalds
This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.
Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!











