Sekolah Kebangsaan Sena

Articles

Creative Content Challenge 2012

InfoSenaBEHOR PULAI, Kangar - Pertandingan Video YouTube Sekolah-Sekolah Perlis 2012 yang bermula sejak 14 April lalu telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pejabat Wilayah Utara), Jabatan Pelajaran Perlis, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dan SekolahYBM Dato' Seri Diraja Syed Razlan berbual dengan salah seorang guru yang menyertai Bengkel 1 CCC2012 Kebangsaan Sena dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, hasil daripada mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perlis yang memutuskan agar program-program yang dapat menimbulkan minat ICT dalam kalangan pelajar dilaksanakan. Program yang dimulakan dengan taklimat pelaksanaan di Dewan Pulai 1, IPG Kampus Perlis itu telah dirasmikan oleh YBM Dato' Seri Diraja Syed Razlan ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Exco Kerajaan Negeri Perlis dalam satu majlis melibatkan pentadbir sekolah dan guru-guru ICT seluruh negeri Perlis. Selain itu, satu ceramah keselamatan siber telah turut disampaikan untuk manfaat semua yang hadir dalam majlis tersebut.

Bengkel 1

Pada masa yang sama, bengkel penulisan skrip dan storyboard melibatkan 87 buah sekolah seluruh negeri Perlis telah dijalankan di Dewan Indera Kayangan untuk melatih guru-guru dan murid-murid dengan kemahiran penggunaan Perisian Bebas (Free Software) Celtx. Seramai 174 orang murid, 87 orang guru dan 30 orang fasilitator MEDIASENA telah mengambil bahagian, menjadikan jumlah kehadiran dalam sesi latihan tersebut mencecah 300 orang termasuk ahli-ahli jawatankuasa dari pihak BTPN dan IPG Kampus Perlis yang bertugas pada hari berkenaan. Dalam  bengkel tersebut, para peserta telah diberi penerangan tentang aspek penceritaan dalam penghasilan video, elemen-elemen dan format yang perlu diikuti dalam penulisan skrip untuk penerbitan video, kaedah susunatur storyboard, serta penerbitan skrip dan storyboard dalam bentuk PDF. Selesai latihan, para peserta diberi masa selama seminggu untuk menghasilkan skrip dan storyboard masing-masing sebelum sesi latihan berikutnya.

 

Bengkel 2

Peserta-peserta Bengkel 2 CCC2012 mengikuti penerangan tentang kaedah suntingan video menggunakan Kdenlive melalui live telecast di BTPN PerlisBengkel kedua yang berfokus kepada suntingan video menggunakan Perisian Bebas Kdenlive telah diadakan pada 28 April 2012 di Dewan Pulai 1 dan 2, BTPN Perlis. Bengkel tersebut yang mencatat rekod tersendiri apabila dijalankan secara live telecast antara kedua-dua dewan melibatkan lebih 50 buah sekolah yang terpilih selepas saringan bengkel penulisan skrip dan storyboard. Antara aspek yang ditekankan dalam Bengkel 2 ialah kreativiti dalam penceritaan, halatuju penerbitan video dalam pendidikan, serta kemahiran teknikal dalam memilih, menyusun dan menyunting video yang telah dirakam. Secara umumnya, para peserta dilihat dapat mengikuti langkah-langkah yang ada dalam proses penyuntingan video seperti yang telah disampaikan. Pada penghujung sesi, semua sekolah yang terlibat dalam Bengkel 2 dikehendaki menghasilkan video berdasarkan skrip dan storyboard masing-masing dalam masa tiga minggu, dan memuatnaik video penyertaan ke YouTube untuk penilaian. Lima video terbaik akan menerima hadiah-hadiah sumbangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Creative Content Challenge 2012, dan mengharapkan agar usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun berikutnya. Pihak penganjur turut mengharapkan agar para peserta dapat mengekalkan semangat dan usaha yang terbaik dalam pertandingan yang dijalankan, dan agar video yang terhasil daripada program ini menunjukkan kualiti teknikal dan penyampaian yang membanggakan.

 

Maklumat lanjut tentang Creative Content Challenge 2012 dan koleksi penuh gambar-gambar sekitar pertandingan boleh dilayari di ccc.sksena.edu.my.

 

Translations

Dasar KPM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

1Murid 1Sukan

NKRA Pendidikan

Rancangan Malaysia Ke-10 (Pendidikan)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Penanda Buku

Bookmark SK Sena

Hubungi Kami

Logo SK Sena
 
Sekolah Kebangsaan Sena
(SK Sena)
01000 Kangar, Perlis
Malaysia
 
Tel: +604-9772204
Fax: +604-9772203
Koordinat GPS

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers