Sekolah Kebangsaan Sena

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Tinta Guru Besar
Tinta Guru Besar

Mengorak Langkah, Merebut Peluang

Print PDF

Sekolah Kebangsaan Sena merupakan sebuah institusi pendidikan yang sentiasa berusaha untuk menyediakan persekitaran sekolah dan pelbagai kemudahan untuk membantu semua guru dan muridnya berusaha mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Kemudahan-kemudahan tersebut, sama ada infrastruktur yang dibina, mahupun peralatan yang diperolehi, datang daripada pelbagai sumber, khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Perlis, serta daripada perancangan yang dibuat di peringkat sekolah. Hasil daripada kerjasama dan sokongan yang telah ditunjukkan oleh pihak-pihak tersebut, Sekolah Kebangsaan Sena hari ini mempunyai kebolehan untuk mencipta pelbagai ruang dan peluang baru untuk murid-muridnya melibatkan diri dalam aktiviti persekolahan mereka.

Bagi menyediakan khidmat bantu dan sokongan kepada warga Sekolah Kebangsaan Sena dalam melonjakkan kecemerlangan diri dan sekolah, pentadbiran SK Sena menjadikan proses membentuk minda guru dan murid sebagai minda yang sentiasa mendambakan kejayaan dan kecemerlangan sebagai sasaran utama dalam apa sahaja perancangan yang dilaksanakan. Tentu sekali, sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat dalam perkara ini selalu kami harapkan, dan tidak ternilai harganya bagi kami di SK Sena. Kemuncak yang kami impikan daripada semua ini ialah, akhirnya, seluruh warga SK Sena dapat menjadikan kecemerlangan peribadi dan organisasi sebagai matlamat yang tertanam dalam diri masing-masing.

Sebagai salah satu daripada usaha Sekolah Kebangsaan Sena untuk mencipta kegemilangan, pihak sekolah sentiasa mengambil peluang daripada program-program yang disediakan oleh pelbagai organisasi sama ada dari dalam mahupun luar negara. Melalui penyertaan dalam program-program sedemikian, SK Sena bukan sahaja dapat mempromosikan sekolah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan kepada pihak luar, malah yang lebih penting lagi, begitu banyak pengalaman dan pengetahuan baru dapat ditimba hasil daripada perkongsian dengan pelbagai pihak yang bergiat dalam pelbagai sektor di seluruh dunia. Pertukaran pendapat yang terhasil melalui perbincangan bersama peserta-peserta lain dalam program-program yang dijalankan telah dapat mencetuskan idea-idea baru untuk memajukan lagi pelaksanaan aktiviti-aktiviti persekolahan di SK Sena.

Antara program-program yang telah disertai oleh SK Sena ialah Malaysia Open Source Conference (MOSC) 2010 anjuran OSDC.my dengan kerjasama MAMPU dan MDEC, satu persidangan peringkat antarabangsa yang menghimpunkan pembentang-pembentang pelbagai inisiatif melibatkan perisian sumber terbuka dari pelbagai negara. Wakil-wakil SK Sena hadir sebagai peserta dalam program tersebut, dan telah mendapat peluang untuk berbincang dengan pihak penganjur tentang kerjasama yang dapat dijalankan dengan SK Sena pada masa hadapan. Selain itu, bahan-bahan yang memaparkan program-program perisian sumber terbuka di SK Sena turut diterima sebagai sebahagian daripada bahan persidangan tersebut.

Kini, Sekolah Kebangsaan Sena mengorak langkah sekali lagi melalui penyertaan dalam OSS Day Kementerian Pelajaran Malaysia yang dijangka berlangsung di Putrajaya pada 12 - 13 Oktober nanti. Pihak sekolah telah membuat penyertaan sebagai pembentang kertas kerja, peserta pembentangan dan peserta pameran. Acara tersebut yang merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan kesedaran tentang kelebihan perisian sumber terbuka dalam kalangan warga kementerian turut mengundang pihak-pihak luar termasuk daripada sektor bukan kerajaan untuk turut serta. Sebagai salah satu daripada program kebangsaan melibatkan perisian sumber terbuka, SK Sena amat menghargai peluang kerana diterima untuk sama-sama berkongsi pengalaman dalam melaksanakan program-program galakguna perisian sumber terbuka dalam persekitaran pendidikan.

Satu lagi program kebangsaan yang disasarkan untuk 2010 ialah Malaysian Government Open Source Software Conference (MyGOSSCON) 2010 anjuran MAMPU dan OSCC dengan kerjasama MDEC dan PIKOM yang akan turut berlangsung di Putrajaya pada 2 - 3 November 2010. Tidak dinafikan bahawa MyGOSSCON, sebagai satu program yang dijalankan sendiri oleh kerajaan Malaysia, merupakan satu platform yang lebih besar daripada program-program sebelumnya, melibatkan wakil-wakil korporat, ahli-ahli akademik dan penggiat-penggiat IT, serta seperti OSS Day, menawarkan pelbagai aktiviti dan pertandingan untuk peserta-peserta daripada pelbagai peringkat. Penyertaan SK Sena sebagai pembentang kertas kerja dan peserta persidangan dalam MyGOSSCON pastinya dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama kepada pihak sekolah.

Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sena amat bersyukur atas begitu banyak ruang dan peluang yang telah dibuka kepada sekolah untuk meneruskan kecemerlangan dalam dunia yang pesat membangun. Bagi memastikan kami di SK Sena membuktikan kesyukuran tersebut dengan sentiasa merebut dan menggunakan semua peluang yang diberikan, pihak sekolah sentiasa berusaha mentadbir dan merancang kecemerlangan di semua peringkat, agar tidak ada di antara warga sekolah yang ketinggalan dalam arus kecemerlangan dan kegemilangan yang tidak pernah berhenti untuk sesiapa. Itulah yang menjadi pegangan kami di SK Sena, dan itulah yang kami amalkan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,
ROSLAN BIN YATIM
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sena,
01000 Kangar,
Perlis.

 

Last Updated on Saturday, 04 September 2010 15:25
 

Mensasarkan Kejayaan

Print PDF

Assalamu'alaikum Warahmatullah,

Segala puji bagi Allah, salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Kebelakangan ini, majlis perhimpunan mingguan Sekolah Kebangsaan Sena jarang sunyi daripada upacara penyampaian hadiah, sama ada sijil, piala atau pingat kepada murid-murid yang mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Pagi ini, seperti biasa kita menyampaikan semula beberapa hadiah yang telah dimenangi oleh sebahagian murid, supaya kejayaan mereka menjadi contoh kepada murid yang lain untuk menanam azam mencipta kegemilangan yang sama untuk diri mereka pula. Pagi ini, senarainya  melibatkan pemenang-pemenang tempat kedua dan ketiga perseorangan dan beregu Tennis Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis (MSSPs) Bawah-12, tempat kedua dan ketiga perseorangan dan beregu Badminton MSSPs Bawah-12 dan  anugerah Penjaga Gol Terbaik untuk wakil SK Sena dalam kejohanan Bola Sepak MSSPs Bawah-12 yang menyaksikan pasukan PKP Kangar yang beliau wakili menjadi Johan. Seperti yang saya katakan kepada para guru dan murid hari ini, habuan daripada setiap kejayaan tersebut akhirnya pulang kepada murid yang berjaya. Sekolah tidak mengambil atau menyimpan apa-apa yang telah dianugerahkan kepada mereka, cukup sekadar menumpang bangga dan gembira. Tahniah dan terima kasih.

Satu kesimpulan yang dapat kita ambil daripada pengamatan tersebut ialah usaha yang gigih dan berterusan akhirnya akanPenjaga Gol Terbaik MSSPs 2010 membawa kepada kejayaan. Melalui perancangan awal dan persediaan yang rapi, hari ini senarai kejayaan keseluruhan SK Sena dalam pelbagai bidang mencecah 141 pencapaian, tanpa mengambil kira kejayaan-kejayaan yang masih belum direkodkan. Yang ingin saya tekankan di sini ialah, betapa pentingnya para guru memberikan perhatian yang serius dalam usaha kita membantu murid-murid untuk terus meraih kejayaan demi kejayaan pada masa hadapan. Kita sebagai guru bertanggungjawab untuk menetapkan dan menanamkan matlamat yang betul dalam diri setiap murid, agar mereka faham bahawa kejayaan yang mereka capai, dan usaha yang mereka lalui untuk mencapai kejayaan tersebut, bukan sesuatu yang terhenti setakat pertandingan yang mereka sertai semata-mata. Semua itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada usaha bersama untuk membentuk peribadi yang terpuji dan keyakinan yang tinggi dalam diri murid-murid di SK Sena. Kita juga bertanggungjawab untuk mengenalpasti potensi yang ada dalam diri setiap murid, serta berusaha untuk mengembangkan potensi tersebut ke tahap yang dapat membuahkan hasil. Tidak dinafikan, kadangkala sukar untuk kita melihat potensi yang tersembunyi tanpa kesanggupan daripada murid itu sendiri untuk menyerlahkan bakat yang ada. Disebabkan inilah, saya menyeru para murid untuk merebut peluang-peluang yang ada di SK Sena dalam memberi sumbangan kepada sekolah. Sebahagian daripada prasarana dan program yang disediakan di SK Sena tidak dapat dijumpai di mana-mana sekolah lain di Malaysia buat masa ini. Oleh itu, jangan sekali-kali peluang seperti ini dilepaskan tanpa sebarang usaha untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Dengan rekod pencapaian dan kemenangan yang ada pada SK Sena hari ini, bukan sesuatu yang mustahil untuk kita terus berusaha mencapai lebih banyak kejayaan. Komitmen yang ditunjukkan oleh para guru dan murid apabila menyertai satu-satu pertandingan membuktikan bahawa kita sebenarnya mahu SK Sena terus gemilang. Seruan saya, jadikanlah usaha melalui perancangan yang bermatlamat serta latihan yang sistematik dan berterusan sebagai asas perjuangan kita dalam mengharumkan nama SK Sena hingga ke persada antarabangsa. InsyaAllah, kejayaan yang kita sasarkan akan datang, dan Dataran Sena tidak akan sunyi daripada menghargai para pemenang.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

ROSLAN BIN YATIM
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sena
Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia
Last Updated on Friday, 30 April 2010 07:22
 

Mengusahakan Kecemerlangan

Print PDF

Tahun 2009 menyaksikan kejayaan Sekolah Kebangsaan Sena sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia menjalankan pelbagai program kebitaraan sebagai usaha SK Sena meningkatkan kecemerlangan. Bitara ICT SK Sena atau dikenali sebagai S.E.N.A CyQUEST, contohnya, telah menganjurkan siri latihan kemahiran multimedia menggunakan perisian-perisian sumber terbuka bertaraf profesional untuk murid-murid. Bitara Lompat Tali, atau Sena Jumpers pula terus merebut pelbagai kemenangan, seperti yang telah dilakukan tahun demi tahun. Bitara Matematik, atau GENIUSMATHS berjaya menghasilkan beberapa kumpulan penulis blog Matematik dan melatih guru-guru SK Sena untuk menggunakan perisian-perisian Pengajaran dan Pembelajaran yang dihasilkan untuk SmartBoard di bawah pengurusan mereka.

Pelaksanaan program ini memerlukan komitmen, kerjasama dan usaha berterusan di kalangan warga SK Sena. Kami di SK Sena amat menghargai kesempatan, malah menjadi satu kejayaan besar kepada kami untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan lanjutan ini kepada murid-murid SK Sena. Hasil jaringan antara Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan universiti-universiti yang bertindak sebagai panel penasihat, khususnya Universiti Malaysia Perlis, Universiti Sains Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Perlis, program-program kebitaraan 2009 telah dapat dilaksanakan dengan lancar, yang akhirnya membawa begitu banyak manfaat kepada warga sekolah.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, khususnya Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster yang memberikan sokongan dan bimbingan dalam menjalankan program-program yang telah dirancang. Melalui peruntukan yang disediakan, dan kelulusan terhadap perancangan sekolah yang digariskan dalam Request for Proposal Sekolah Kluster Kecemerlangan, program-program tersebut akhirnya dapat menjadi realiti.

Bagi kami di SK Sena, sasaran utama menjalankan apa juga program dan aktiviti ialah untuk menghasilkan impak yang tinggi kepada kumpulan sasaran bagi setiap program, sama ada guru mahupun murid. Budaya kerja yang diamalkan dalam usaha untuk menjayakan program-program kebitaraan, malah semua program sekolah secara umumnya, menjurus ke arah piawaian Sekolah Berprestasi Tinggi, selaras dengan visi baru SK Sena, Sekolah Kebangsaan Sena dari Sekolah Kluster Kecemerlangan ke Sekolah Berprestasi Tinggi.

Akhir kata, harapan saya ialah agar semua pihak di SK Sena menjadikan kejayaan-kejayaan yang telah kita kecapi, dan usaha-usaha yang telah kita curahkan sebagai batu loncatan untuk mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi secara berterusan. Semoga amalan kita hari ini menjadi legasi dan inspirasi kepada generasi SK Sena yang akan datang.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

Saya yang menurut perintah,

ROSLAN BIN YATIM
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sena

* Teks ini merupakan ucapan aluan Guru Besar SK Sena dalam buku laporan program-program Sekolah Kluster Kecemerlangan 2009 yang diterbitkan untuk Kementerian Pelajaran Malaysia.

Last Updated on Wednesday, 14 April 2010 11:26
 

Exchanging Intellects

Print PDF

Welcome to Sekolah Kebangsaan Sena. We offer you the best of Sena hospitality, showmanship dan educational excellence. Since its inception in 1992, the staff members and students of Sekolah Kebangsaan Sena has been striving for glory, time and again, and have succeeded in achieving more than that. Even, sometimes, in areas where many others fear to tread. The culmination of all those accomplishments resulted in Sena being nominated, and subsequently chosen to be a part of Malaysia's Educational Cluster of Excellence. This recognition did not come empty handed.

Here at Sekolah Kebangsaan Sena, you will find a host of facilities and programs designed to not only support our students' understanding and mastery of their class materials, but also open up their minds to the endless possibilities of excellence at school level and beyond. Walk through our compounds, and you'll find within them an open source software lab dedicated to research and training, an audiovisual studio run entirely by students, lecture rooms utilizing the latest in interactive display technology, a training facility for an internationally competitive jump rope team, and many more. With all these available, it is the school's policy to encourage our teachers and students to grab the opportunities provided for them, and immerse themselves into an educational experience unlike any other.

Part of being a Cluster School is to engage in intellectual, academic, cocurricular and cultural exchanges at all levels, be it statewide or internationally. Therefore, it is with open arms and an unbridled sense of honor that we receive our guests, as we try to make your stay at Sena as pleasant and fruitful as possible for everyone. As we are always looking forward to improve ourselves, it is our hope that each visit will add to the benefit of both the hosts and the guests. Constructive comments and suggestions are always welcome. Enjoy your stay at Sena, no matter how brief, and let the friendship built remain forever.

Sincerely,

ROSLAN BIN YATIM
Headmaster
Sekolah Kebangsaan Sena

* This is the opening speech for the welcoming brochure handed out during international visits to SK Sena.

Last Updated on Friday, 02 April 2010 08:40
 

Building New Bridges at Wichianchom School

Print PDF

Sekolah Kebangsaan Sena, Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia is one of the chosen schools in Malaysia to be a part of what is called its "Cluster of Excellence", a class of schools recognized for their all-rounded achievements and the capability to excel in certain areas beyond normal expectations. Since one of the main goals of Sekolah Kluster Kecemerlangan is to establish local and international linkages between schools and universities, and to use those linkages to produce beneficial results for everyone involved, Sekolah Kebangsaan Sena is proud and happy to have been invited to the 2010 Academic Festival at Wichianchom School in Songkhla, Thailand.

As a participant of such a prestigious event, we at Sekolah Kebangsaan Sena would like to express our gratitudes to the organizers, and our hope that the friendship built during the course of the festival can be maintained and extended to include various programs and activities involving students and teachers from all attending schools and academic institutions. Not only that this will be able to create a lasting international cooperative effort, but also help to further the national agenda of all the countries involved.

Lastly, I would like to thank the Ministry of Education Malaysia and the Perlis Department of Education for their everlasting support, and for their assistance throughout the 2010 Academic Festival at Wichianchom School, and the period of preparation prior to the festival itself. It is with the warmest of wishest that we bid hello and goodbye to all the new friends and acquaintances met in Songkhla. May all that we gain from this festival help us to expand our views, and propel us to new heights in the future.

Sincerely,

ROSLAN BIN YATIM
Headmaster
Sekolah Kebangsaan Sena

Last Updated on Monday, 01 March 2010 09:30
 
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  Next 
  •  End 
  • »


Page 1 of 2

Galeri Sena

Hubungi Kami

Statistik Lawatan

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini148
mod_vvisit_counterKelmarin384
mod_vvisit_counterMinggu Ini1275
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1805
mod_vvisit_counterBulan Ini2690
mod_vvisit_counterBulan Lepas8960
mod_vvisit_counterKeseluruhan58150

Hari Ini: 10 Sep 2010

Pengumuman Aktiviti

Last month September 2010 Next month
M T W T F S S
week 35 1 2 3 4 5
week 36 6 7 8 9 10 11 12
week 37 13 14 15 16 17 18 19
week 38 20 21 22 23 24 25 26
week 39 27 28 29 30
Fri Sep 10
Cuti Sekolah
Wed Sep 15 @ 8:00AM - 12:40PM
Majlis Sambutan Hari raya Aidil Fitri SK Sena
Thu Sep 16 @ 7:00PM - 10:00PM
Majlis Solat Hajat UPSR
Fri Sep 17 @ 3:00PM - 12:30PM
Program Tahun 6


Peringatan

Maksud kalam Allah dalam Surah Luqman, ayat 6:

             Dan di antara manusia (ada) yang mempergunakan perkataan yang sia-sia untuk menyesatkan (manusia) daripada jalan Allah tanpa 'ilmu dan menjadikan jalan Allah itu sebagai olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh 'azab yang menghinakan.

Aspirasi Kecemerlangan

first
  
last
 
 
start
stop