1st International Academic Speech and Cultural Festival

Tuesday, 09 February 2010 08:36 SK Sena
Print
SONGKHLA, Thailand - Sekolah Wichianchom, Songkhla, Thailand baru-baru ini telah menganjurkan 1st International Academic Speech and Cultural Festival melibatkan peserta-peserta yang mewakili beberapa buah negara. Malaysia telah menghantar lima buah sekolah untuk menyertai acara-acara yang dijalankan, dan membuat persembahan sempena festival tersebut. Untuk tujuan itu, Sekolah Kebangsaan Sena telah menghantar satu pasukan Action Song dengan persembahan bertajuk "My Poor Mother Earth".
 
Festival yang berlangsung selama 3 hari, iaitu dari 3 Februari hingga 5 Februari 2010 itu turut menyaksikan peserta-peserta yang hadir memberikan ucapan ringkas untuk memperkenalkan hadirin kepada kebudayaan masing-masing.  Selain itu, peserta-peserta turut dibawa melawat sekitar Sekolah Wichianchom untuk melihat operasi persekolahan mereka.
 
Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Perlis dan Sekolah Wichianchom atas kesempatan yang diberikan untuk menjadi salah sebuah sekolah peserta dalam festival berkenaan. Semoga hubungan kerjasama yang terbina hasil festival tersebut akan berpanjangan dan dapat berkembang untuk meliputi usahasama dalam pelbagai bidang.
 
 


Last Updated on Tuesday, 09 February 2010 08:36