SK SENA, Kangar - Semua Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber SK Sena hari ini menghadiri satu sesi ceramah kepimpinan yang dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Pengawas Sekolah dan Jawatankuasa Pengawas Pusat Sumber di Kantin SK Sena. Majlis tersebut yang disampaikan oleh Pn. Suparneh binti Wiro yang merupakan Kaunselor sepenuh masa di Sekolah Kebangsaan Putra telah dikendalikan oleh Kaunselor SK Sena, Pn. Narimah binti Mohd Noor. Antara perkara yang ditekankan dalam ceramah berkenaan ialah kepentingan untuk peka kepada arahan yang diberikan, dan penguasaan terhadap kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan dalam menjalankan amanah yang dipegang sebagai Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber.
SK Sena mengucapkan terima kasih kepada Pn. Suparneh binti Wiro yang sudi menyampaikan ceramah berkenaan, juga kepada guru-guru yang turut hadir memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan sesi tersebut.
