SK SENA, Kangar - Satu sesi ceramah dan kursus pergigian anjuran Jawatankuasa Kecemerlangan Kesihatan SK Sena diadakan bertempat di Surau SK Sena mulai jam 9.00 pagi hari ini. Ceramah dan kursus berkenaan melibatkan semua murid secara berperingkat, dimulai dengan murid-murid Tahun 6 hingga murid-murid Tahun 1. Dalam sesi tersebut, para jururawat yang hadir memberikan penerangan ringkas kepada murid-murid tentang penjagaan kesihatan gigi dan menunjukkan teknik memberus gigi yang betul.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada AJK Kecemerlangan Kesihatan SK Sena dan para jururawat yang bertanggungjawab menjayakan sesi berkenaan.
