Laporan Mesyuarat Program Integrasi Antarabangsa 2010
- Butiran
- Dikemaskini pada Selasa, 09 Julai 2013 13:48
- Diterbitkan pada Jumaat, 17 September 2010 07:13
- Pengarang: SK Sena
SATUN, Thailand - Seramai empat orang guru Sekolah Kebangsaan Sena kelmarin menghadiri satu sesi mesyuarat pelaksanaan Program Integrasi Antarabangsa Melalui ICT di Pejabat Kawasan Pelajaran Satun. Tujuan mesyuarat tersebut diadakan ialah untuk membincangkan perjalanan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan untuk program berkenaan, serta pemilihan lokasi program dan sekolah jaringan yang akan menjalankan program tersebut bersama SK Sena. Pada mesyuarat tersebut, Sekolah Kebangsaan Sena telah diwakili oleh guru-guru berikut:-
- Guru Besar, En. Roslan bin Yatim
- Penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan, En. Saifur Ridzwan bin Mustafa
- En. Zubir bin Ghazali
- Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST, Ahmad Ferdaus bin Abd Razak
- En. Adinan Pakbara - Pengarah, Pejabat Kawasan Pelajaran Satun
- En. Kochem Meenhem - Timbalan Pengarah, Pejabat Kawasan Pelajaran Satun
- En. Romlee Sumalee - Pegawai Perhubungan Luar, Pejabat Kawasan Pelajaran Satun
- En. Worawik Mardthing - Pengarah, Anuban Khuan-Don School
Secara umumnya, keseluruhan ahli mesyuarat telah bertuju dan menyambut baik cadangan SK Sena untuk mengadakan Program Integrasi Antarabangsa Melalui ICT melibatkan sekolah-sekolah Malaysia dan Thailand. SK Sena berterima kasih kepada Pengarah Pejabat Pelajaran Satun yang telah menunjukkan minat dan kesungguhan yang begitu tinggi sehingga beliau sendiri telah menghubungi En. Chaiyuth Buatoom, Pengetua Hatyairatprachasun School, Songkhla, Thailand yang telah dicadangkan untuk menjadi tuan rumah bagi acara berkenaan. Terima kasih juga kepada En. Chaiyuth Buatoom yang telah memberikan persetujuan serta-merta.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada wakil-wakil Pejabat Kawasan Pelajaran Satun yang telah sudi menerima rombongan Sekolah Kebangsaan Sena. Diharapkan agar hubungan erat yang telah ditunjukkan dan program kerjasama seperti ini akan sentiasa berterusan pada masa hadapan.