Sekolah Kebangsaan Sena

Integrasi Antarabangsa Di Anuban Satun, Thailand

Aktiviti SenaSATUN, Thailand - Sebilangan guru dan murid Sekolah Kebangsaan Sena berada di Anuban Satun, Thailand pada 16 - 18 Mac 2012 untuk menjayakan program Integrasi Antarabangsa Melalui ICT dan pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC) antara kedua-dua buah sekolah tersebut, hasil daripada perbincangan awal yang berlangsung antara Pegawai Perhubungan Luar, Pejabat Pelajaran Rendah Wilayah Satun, En. Romlee Sumalee, Pengarah Anuban Satun School, En. Sutthi Saisunee, Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim, Ketua Bitara ICT SK Sena, Pn. Chik @ Rohana binti Abd Ghani, Setiausaha Program Antarabangsa SK Sena, Pn. Norhafiza binti Jamil dan guru-guru Anuban Satun School yang mengelolakan aktiviti.

Program tersebut yang merupakan acara peringkat ASEAN / antarabangsa berlangsung dengan penuh gilang-gemilang melibatkanGuru Besar SK Sena dan Pengarah Anuban Satun School selepas menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) sambil diperhatikan oleh Gabenor Wilayah Satun guru-guru, murid-murid dan ibu bapa yang menyaksikan perkongsian pengetahuan dan kebudayaan Malaysia dan Thailand. Rombongan SK Sena telah disambut meriah oleh En. Romlee Sumalee, En. Sutthi Saisunee, guru-guru dan murid-murid Anuban Satun. Pada hari pertama, majlis suaikenal antara murid SK Sena dan murid Anuban Satun telah diadakan untuk mempertemukan ahli-ahli kumpulan yang akan menyertai aktiviti yang akan berjalan sepanjang program. Setiap murid SK Sena telah dikelompokkan bersama dua orang murid Anuban Satun. Seterusnya, rombongan SK Sena telah dibawa melawat pusat aktiviti berhampiran kawasan sekolah yang menempatkan perpustakaan, kawasan aktiviti untuk kanak-kanak serta panggung mini untuk tayangan. Sebelum bersurai, semua peserta yang terlibat mengikuti aktiviti ice-breaking melalui latihan nyanyian dan tarian tradisi Thailand.

Tetamu kenamaan, guru-guru dan peserta-peserta program Malaysia dan Thailand bergambar beramai-ramai selepas majlis penutup programHari kedua bermula dengan sesi pertukaran cenderamata antara murid-murid SK Sena dengan ahli kumpulan masing-masing dari Anuban Satun. Kemudian, semua murid dibawa ke Genius Room untuk mengikuti program latihan Scratch dan penghasilan animasi ringkas di mana murid-murid SK Sena bertindak sebagai fasilitator kepada ahli kumpulan mereka. Para peserta Anuban Satun dikehendaki menyelesaikan beberapa siri animasi ringkas melalui penerangan yang disampaikan oleh fasilitator SK Sena. Selesai latihan, satu pertandingan telah dijalankan dengan setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan animasi berdasarkan cerita yang diberi. Latihan dan pertandingan ICT yang dijalankan menyaksikan bagaimana para peserta menangani cabaran berinteraksi melalui bahasa yang berbeza untuk menyampaikan dan menerima pengetahuan dan kemahiran dalam keadaan sebilangan ahli kumpulan dari Thailand hanya berkomunikasi dalam Bahasa Thailand, manakala hanya seorang peserta SK Sena yang dapat berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Hasilnya, para peserta telah berjaya menjadikan ICT sebagai alat untuk berinteraksi dan berkomunikasi dalam masa yang begitu singkat, dan membuktikan bahawa teknologi mampu berfungsi sebagai penghubung antara budaya dan bahasa yang berbeza. Pada masa yang sama, para guru telah mengikuti aktiviti kebudayaan dan tradisi Thailand, antaranya gubahan bunga pandan, Pemenang-pemenang pertandingan Scratch dari SK Sena dan Anuban Satun menerima hadiah kemenangan daripada Gabenor Wilayah Satunukiran buah-buahan dan masakan pelbagai jenis Som Tam seperti Som Tam ketam, laksa dan betik. Pada penghujung hari kedua, satu majlis penyerahan murid-murid SK Sena kepada ibu bapa angkat masing-masing telah diadakan. Ibu bapa murid SK Sena yang hadir dalam sesi tersebut turut dijemput untuk menjadi sebahagian daripada upacara penyerahan berkenaan. Selesai sesi pertukaran cenderamata antara murid SK Sena dengan ibu bapa angkat, mereka dibawa pulang oleh ibu bapa angkat masing-masing untuk diperkenalkan kepada ahli keluarga baru di Thailand dan dibawa melawat ke sekitar kawasan Satun.

Majlis penutupan program yang berlangsung pada hari ketiga telah diadakan dengan penuh kemeriahan di dewan utama Anuban Satun School. Antara tetamu kehormat yang hadir dalam majlis tersebut ialah Gabenor Wilayah Satun, Tuan Yang Terutama En. Phisan Thongneart, Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Rendah Wilayah Satun, En. Kocem Meenhem, Pengarah Anuban Satun School dan Guru Besar SK Sena. Turut hadir Yang Dipertua PIBG SK Sena, En. Ahmad Shukri bin Ali, Naib Yang Murid-murid SK Sena dan Anuban Satun berkerjasama menjalankan tugasan yang diberi untuk menyiapkan animasi dalam pertandingan Scratch pada hari kedua programDipertua PIBG SK Sena, En. Azlan bin Shuib, serta sebilangan ahli jawatankuasa PIBG. Selain itu, majlis berkenaan turut dihadiri oleh para guru, murid dan ibu bapa yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program. SK Sena turut menyampaikan penghargaan kepada tetamu jemputan, En. Mohd Radzif bin Kamaruddin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala Kangsar dan En. Mohamad Husaini bin Saad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi, Kuala Kangsar atas kehadiran mereka. Acara penutupan dimulakan dengan persembahan kebudayaan oleh kontinjen Malaysia dan Thailand. Seterusnya, para hadirin mengambil tempat di dewan utama Anuban Satun sebelum majlis perarakan bendera ASEAN, Malaysia, Thailand dan kedua-dua buah sekolah dijalankan. Acara kemudian diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Thailand, ucapan tetamu kehormat dan wakil murid dari setiap sekolah, penyampaian hadiah pertandingan Scratch kepada kumpulan-kumpulan pemenang oleh Tuan Yang Terutama En. Phisan Thongneart, serta tayangan multimedia program kerjasama antara Sekolah Kebangsaan Sena dan Anuban Satun School. Seterusnya, satu upacara menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antarabangsa melibatkan Guru Besar SK Sena dan Pengarah AnubanTemubual MEDIASENA bersama peserta program, ibu bapa peserta dari SK Sena dan ibu bapa angkat dari Satun, Thailand Satun School telah dilaksanakan dengan disaksikan oleh Gabenor Wilayah Satun. Perjanjian tersebut yang merupakan perjanjian peringkat ASEAN menjadi asas kepada kerjasama berpanjangan antara kedua-dua buah sekolah yang akan melibatkan para guru, murid dan ibu bapa secara aktif dalam program-program yang akan dijalankan di Malaysia dan Thailand pada masa hadapan.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia atas kelulusan melaksanakan program, Satun Primary Service Area Office, Jabatan Pelajaran Perlis, serta semua pihak yang terlibat menjayakan program Integrasi Antarabangsa Melalui ICT 2012, khususnya kepada seluruh warga Anuban Satun School atas penghargaan, penghormatan, kemeriahan dan kemesraan yang telah ditunjukkan sepanjang program berlangsung. Sambutan yang penuh mesra dan di luar jangkaan oleh para guru, murid dan ibu bapa di Satun, Thailand menunjukkan bahawa perhubungan yang erat dan berkekalan tidak mengenal batasan bangsa, budaya dan negara. Pihak sekolah mengharapkan agar perhubungan yang terjalin antara Sekolah Kebangsaan Sena, Malaysia dan Anuban Satun School, Thailand dalam program tersebut akan diteruskan pada masa hadapan.

Liputan program disediakan oleh MEDIASENA. Nantikan video liputan dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers