Sekolah Kebangsaan Sena

Integrasi Antarabangsa Melalui ICT II 2012

Aktiviti SenaKANGAR, Perlis - Program Integrasi Antarabangsa Melalui ICT Kali Ke-2 2012 antara Sekolah Kebangsaan Sena, Malaysia dengan Anuban Satun School, Thailand telah berlangsung pada 18 - 20 September melibatkan seramai 95 orang murid, 75 orang guru dan para ibu bapa dari kedua-dua buah negara. Ketibaan rombongan dari Thailand pada hari pertama telah disambut meriah di Sekolah Kebangsaan Sena, di mana program pertama yang berlangsung pada hari tersebut ialah Majlis Penyerahan AnakYB Senator Tn. Hj. Abdul Shukor menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Pertandingan Animasi 3-Dimensi dalam Majlis Penutupan Program Integrasi Antarabangsa Kali Ke-2 2012 Angkat yang telah disempurnakan oleh YBhg En. Zulkafli bin Ahmad, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan) mewakili YB Dato' Azizan bin Hamid, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. Dalam majlis tersebut, En. Zulkafli telah menyaksikan sebanyak 30 buah keluarga dari Malaysia menerima anak-anak angkat dari Satun, Thailand. En. Zulkafli kemudian telah sudi meluangkan masa untuk satu sesi temubual bersama MEDIASENA di Studio CyKidzCRAZE. Pada sebelah malamnya, rombongan ahli-ahli jawatankuasa pelaksana program dan guru-guru Anuban Satun School telah melawat beberapa buah rumah keluarga angkat untuk melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama.

Acara pada hari kedua dimulakan pada awal pagi dengan Bengkel Latihan dan Pertandingan Animasi 3-Dimensi menggunakan perisian komputer Blender di Makmal Rangkaian Komputer (MKR2), Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Blender merupakan sejenis Perisian Sumber Terbuka dan Bebas (FOSS). Peserta-peserta SK Sena yang terlibat dalam aktiviti berkenaan dikehendaki berkongsi kemahiran dan pengetahuan mereka dalam penghasilan model dan animasi 3-Dimensi kepada rakan masing-masing dari Anuban Satun School. Di akhir sesi tersebut, setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan bahan berdasarkan tajuk yang diberi untuk pertandingan. Semua kumpulan telah berjaya menyiapkan tugasan masing-masing tanpa sebarang masalah. Pada masa yang sama, para guru dan ibu bapa dari kedua-dua buah negara berada di Dataran Sena untuk mengikuti program masakan Bubur Perlis dengan bantuan chef yang dijemput khas oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sena untuk tujuan tersebut. Bahan-bahan dan peralatan Guru-guru SK Sena dan Anuban Satun School bersama-sama menyediakan Bubur Perlis di Dataran Senamasakan turut disumbangkan oleh PIBG SK Sena. Kedua-dua acara tersebut turut mendapat liputan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang telah disiarkan dalam Berita Wilayah, TV1 dan Perlis FM. Acara pada sebelah petangnya pula menyaksikan Konvoi Jelajah Perlis yang melibatkan lawatan semua peserta, guru-guru dan ibu bapa ke Galeri Diraja Arau, Muzium Kota Kayang dan Kuala Perlis untuk memberi peluang kepada ahli-ahli rombongan mengenal keunikan tradisi dan tempat-tempat menarik di sekitar negeri Perlis. Selesai lawatan, semua peserta pulang bersama keluarga angkat masing-masing.

Majlis perasmian penutupan program yang berlangsung pada hari ketiga bermula seawal jam 9.30 pagi dengan ketibaan YB Senator Tn. Hj. Abdul Shukor bin Mohd Sultan mewakili YAB Dato' Seri Dr. Md Isa bin Sabu, Menteri Besar Perlis di Dewan Warisan, Kangar. Majlis tersebut dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Kebangsaan Thailand, diikuti dengan ucapan wakil murid dari kedua-dua buah sekolah, sebelum diteruskan dengan persembahan tarian tradisional oleh murid-murid Anuban Satun School. Persembahan tersebut disusuli pula oleh ucapan wakil ibu bapa Thailand dan Malaysia, sebelum disambung dengan persembahan angklung oleh Kelab Seni dan Kebudayaan SK Sena. Seterusnya, En. Sutthi Saisunee yang merupakan Pengarah Anuban Satun School telah menyampaikan ucapan mewakili Pejabat Perkhidmatan Pelajaran Wilayah Satun, danMurid dan guru Anuban Satun School di hadapan Galeri Diraja Arau dalam sesi Konvoi Jelajah Perlis sempena program Integrasi Antarabangsa 2012 diikuti oleh En. Nuzrin bin Nuiman, Timbalan Pengarah Pelajaran Perlis yang mewakili En. Dun bin Kasa, Pengarah Pelajaran Perlis. Persembahan multimedia yang diadakan selepas ucapan tersebut mengundang gelak tawa para hadirin apabila memaparkan cabaran komunikasi yang timbul dalam program kali pertama yang diadakan di Anuban Satun School, Thailand pada bulan Mac yang lalu. Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian penutupan program oleh YB Tn. Hj. Abdul Shukor. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah pegawai-pegawai dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Universiti Malaysia Perlis, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Perlis, serta sekolah-sekolah rendah Kawasan Pelajaran Kangar, Perlis.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Animasi 3-Dimensi oleh YB Senator Tn. Hj. Abdul Shukor dan penyampaian cenderamata kepada pihak-pihak yang telah memberikan sumbangan ke arah menjayakan program Integrasi Antarabangsa kali ke-2 itu. Cenderamata-cenderamata telah disampaikan oleh Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim dan Pengarah Anuban Satun School. Satu sesi pertukaran hadiah antara keluarga Malaysia dan Thailand, serta sesi fotografi telah dijalankan sebelum jamuan perpisahan untuk semua yang hadir. Rombongan Anuban Satun School berangkat meninggalkan majlis sekitar tengah hari.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah mencurahkan masa dan tenaga untuk menjayakan program Integrasi Antarabangsa Melalui ICT Kali Ke-2 2012 antara SK Sena dengan Anuban Satun School. Sekalung penghargaan turut disampaikan kepada organisasi-organisasi yang telah memberikan sumbangan seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang turut melibatkan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat dan Unit Protokol, Universiti Malaysia Perlis, Jabatan Kerja Raya, Polis Diraja Malaysia serta para ibu bapa dan individu yang turut menghulurkan sumbangan untuk memeriahkan lagi program dan majlis yang telah diadakan.

Liputan program disediakan oleh MEDIASENA. Nantikan video liputan program dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers