Sekolah Kebangsaan Sena

Sejarah

Sekolah Kebangsaan Sena telah ditubuhkan pada 1 Disember 1992. Pada peringkat permulaan, sekolah ini menumpang buat sementara di Sekolah Kebangsaan Seri Indra pada waktu petang selama 4 tahun.

Semasa ditubuhkan, bilangan murid cuma 130 orang yang terdiri daripada Tahun 1 dan 2 sahaja . Hanya terdapat 7 buah kelas yang terlibat iaitu 5 buah kelas untuk Tahun 1 dan 2 buah kelas bagi Tahun 2.

Pada sesi persekolahan 1992/93 terdapat seorang Guru Besar bersama 9 orang guru. Ketika itu pihak sekolah tidak mempunyai pembantu tadbir yang tetap, sebaliknya mendapat khidmat kerani beredar.

Pada 18 September 1995, warga Sekolah Kebangsaan Sena mula menduduki bangunan baru dengan bilangan murid meningkat kepada 275 orang iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 4. Ketika itu, Sekolah Kebangsaan Sena mula membangun dengan terdirinya 4 blok bangunan.

Setelah 7 tahun berpindah ke lokasi baru, Sekolah Kebangsaan Sena maju setapak lagi dengan adanya blok baru 2 tingkat pada tahun 2002. Di samping itu, terdapat pelbagai kemudahan seperti Makmal Komputer yang lengkap, Bilik Guru yang dilengkapi penghawa dingin serta komputer untuk melayari Internet, serta bilik-bilik khas yang lain seperti Bilik Pemulihan Darul Falah, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Sains, Bilik Tayangan, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Bahan Bantu Mengajar, OSSLab (Makmal Penyelidikan dan Latihan Sumber Terbuka), Pusat Akses Matematik dan Studio Penerbitan Audiovisual CyKidzCRAZE. Ini ternyata telah membantu memantapkan lagi Sekolah Kebangsaan Sena dalam mencapai kejayaan demi kejayaan.

Pada tahun 2007, SK Sena telah dianugerahkan sebagai Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Perlis. Bermula daripada itu, warga sekolah terus berusaha ke arah kecemerlangan, dan akhirnya, pada April 2008, SK Sena telah dinobatkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia, dan merupakan satu-satunya sekolah rendah di Negeri Perlis yang berjaya mencapai status tersebut.

Kini, Sekolah Kebangsaan Sena maju seiring dengan usianya yang semakin matang. Bilangan murid juga turut bertambah kepada 838 orang yang melibatkan 24 buah kelas dan 3 buah kelas Prasekolah. Pentadbiran sekolah telah diterajui oleh beberapa orang Guru Besar yang berwibawa, iaitu:-

  • Tn. Hj. Dahlan bin Ismail                          (16.1.1992 - 9.10.2002)
  • Tn. Hj. Samsudin bin Mad Nor                (10.12.2002 - 15.11.2004)
  • Tn. Hj. Hamid bin Hashim                        (16.11.2004 - 8.5.2006)
  • Pn. Inson binti Ahmad                               (18.5.2006 - 27.4.2008)
  • En. Roslan bin Yatim                                 (1.5.2008 - sekarang)

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers