Sekolah Kebangsaan Sena

Rentas Desa 2010

SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena baru-baru ini telah menganjurkan pertandingan Rentas Desa bagi tahun 2010 melibatkan murid-murid Tahun 3 hingga 6. Acara tersebut yang berlangsung pada 23 Januari 2010 yang lalu dimulakan dengan regangan dan memanaskan badan yang diketuai oleh En. Shamsul bin Shuib. Para peserta kemudiannya bergerak ke dalam kumpulan rumah sukan masing-masing, yang mana tahun 2010 menyaksikan pertambahan dua rumah sukan dalam keluarga kokurikulum SK Sena, di samping penglibatan seluruh warga SK Sena termasuk staf pejabat dalam setiap rumah sukan. Guru rumah-rumah sukan memberikan amanat terakhir mereka sebelum pertandingan bermula, dengan pesanan penting kepada para peserta untuk berusaha sedaya-upaya memberikan sumbangan mata kepada rumah sukan masing-masing.

Taklimat pertandingan disampaikan oleh En. Abdul Kader bin Ali di garisan permulaan sejurus sebelum para peserta dilepaskan oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim. Peserta-peserta dilepaskan secara berperingkat, dimulai dengan peserta perempuan Kelas 2 (Tahun 3 dan 4), diikuti peserta lelaki Kelas 2, perempuan Kelas 1 (Tahun 5 dan 6) dan lelaki Kelas 1. Kategori-kategori yang sama turut digunakan untuk menentukan pemenang-pemenang yang menerima pingat dan menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing.

Bagi murid-murid Prasekolah hingga Tahun 2 pula, beberapa acara sampingan telah disediakan untuk membolehkan mereka turut merasai kemeriahan acara pada hari tersebut. Di akhir pertandingan, tempat pertama telah dimenangi oleh rumah Delima, diikuti rumah Intan di tempat kedua dan Mutiara di tempat ketiga. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran kemudiannya diteruskan seperti biasa selepas jam 9.40 pagi.

SK Sena mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Rentas Desa 2010, samaada secara langsung ataupun tidak langsung.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers