Sukantara 2010

SK SENA, Kangar - Sukantara SK Sena bermula kelmarin dengan tiga buah rumah sukan mengambil bahagian dalam acara padang dan balapan dalam usaha untuk mengumpul mata kemenangan rumah masing-masing. Program tersebut yang merupakan salah satu aktiviti tahunan kokurikulum di SK Sena melibatkan murid-murid Tahap 2, di mana setiap murid diberi peluang untuk menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing melalui acara-acara yang dipertandingkan. Antara acara-acara tersebut ialah lompat jauh, lompat tinggi dan acara balapan. Selain menyumbangkan mata, Sukantara juga memberikan kesempatan kepada guru-guru rumah sukan untuk memilih peserta yang akan mewakili rumah ke Kejohanan Padang dan Balapan SK Sena berdasarkan prestasi setiap murid dalam Sukantara.