Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena dalam Bumi Hijau, Hidup Sihat

PENGKALAN ASAM, Kangar - Pelajar-pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Katering Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin telah menganjurkan Program Bumi Hijau, Hidup Sihat pada 25 September yang lalu bertempat di Denai Larian, Pengkalan Asam, Kangar, Perlis. Program tersebut yang bertujuan untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan alam sekitar telah bermula seawal jam 8.30 pagi dengan satu sesi senamrobik yang dikendalikan sendiri oleh pelajar-pelajar politeknik tersebut. Antara acara lain  yang dijalankan sepanjang hari tersebut ialah explorace, pertandingan memasak, pameran, pertandingan mewarna dan banyak lagi.

Sekolah Kebangsaan Sena telah menghantar seramai lapan orang peserta, masing-masing empat bagi acara Kuiz Kesedaran Alam Sekitar dan Pertandingan Rekaan Fesyen Daripada Surat Khabar. Semua wakil Sekolah Kebangsaan Sena bersama rakan-rakan sepasukan mereka telah berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam kedua-dua acara. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh ahli-ahli jawatankuasa program dan tetamu jemputan. Majlis perasmian penutup Program Bumi Hijau, Hidup Sihat telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana telah memberi peluang kepada SK Sena untuk melibatkan diri dalam acara-acara yang telah dijalankan. Liputan program telah disediakan oleh CyKidzCRAZE. Nantikan video program di Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers