Sekolah Kebangsaan Sena

Hari Kokurikulum 2010

SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sena telah menganjurkan Hari Kokurikulum 2010 pada 16 Oktober yang lalu. Pada tahun ini, Hari Kokurikulum SK Sena telah melibatkan sebanyak tiga acara utama yang mempunyai program masing-masing. Selain jualan gerai kelab dan persatuan, YDP PIBG Menyampaikan Hadiah Kepada PemenangHari Kokurikulum SK Sena 2010 turut menyaksikan Pertandingan Seni Merbah Jambul 1Malaysia dengan jumlah penyertaan dari Malaysia dan Thailand mencecah 205 ekor burung Merbah Jambul. Sebanyak 100 buah hadiah, iaitu 40 hadiah cabutan bertuah dan 60 hadiah kepada pemenang pertandingan telah disampaikan sempena pertandingan tersebut. Pada masa yang sama, pihak Dutch Lady Milk Industries Berhad telah turut serta memeriahkan lagi Hari Kokurikulum 2010, bukan sahaja sebagai salah satu penyumbang terbesar untuk program berkenaan, malah telah hadir untuk menjalankan pelbagai acara seperti Pertandingan Memasak Menggunakan Susu Dutch Lady, Pertandingan Minum Susu untuk murid-murid SK Sena, Pertandingan Bergambar Si Cilik dan Pertandingan Bergambar Keluarga yang menyediakan hadiah-hadiah yang menarik untuk para pemenang. Pihak Petronas juga telah memberikan sumbangan untuk menjayakan Pertandingan Memasak dengan sumbangan peralatan masakan. Selain acara-acara yang telah disebutkan, terdapat juga Pertandingan Mewarna untuk murid-murid prasekolah SK Sena dan ceramah khasiat kesihatan yang telah disampaikan oleh jemputan khas dari Hospital Tengku Fauziah, Kangar, Perlis.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Tn. Hj. Khairi bin Hasan yang mewakili Exco Belia, Sukan, Sumber Manusia, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis, YB Tn. Abdul Jamil bin Saad. Turut hadir ialah pegawai Jabatan Pelajaran Perlis dan ahli-ahli jawatankuasa PIBG SK Sena. Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan Hari Kokurikulum, Pertandingan Seni Merbah Jambul 1Malaysia dan Program Susu Dutch Lady SK Sena 2010. Kawalan siaraya dan liputan media untuk keseluruhan program telah disediakan oleh CyKidzCRAZE. Nantikan video liputan program di Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers