SK Sena Johan Bola Baling (P) PKP Kangar

D'FUTSAL CENTER, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena muncul johan Pusat Kecemerlangan Pendidikan (PKP) Kangar dalam Kejohanan Bola Baling kagetori B12 (Perempuan) yang telah berlangsung pada 3 dan 4 Mac 2011. Kejohanan yang Pasukan SK Sena bersama pingat kejohanan masing-masingbermula seawal jam 2.30 petang itu menyaksikan SK Sena menewaskan SK Seri Indra dengan keputusan 3 - 0 sebelum menang dengan SK Bintong dengan jaringan 6 - 0 dalam pusingan awal. Pada pusingan separuh akhir, pasukan SK Sena telah bertembung dengan pasukan SK Stella Maris, di mana pasukan SK Sena telah meraih kemenangan, kali ini dengan keputusan 8 - 0. Pasukan SK Sena kemudiannya sekali lagi bertemu dengan pasukan SK Seri Indra dalam perlawanan peringkat akhir kejohanan tersebut, dan pasukan SK Sena muncul johan dengan kemenangan 3 - 1 ke atas pasukan SK Seri Indra.

Hadir untuk menyempurnakan upacara penutup kejohanan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Pengerusi Pengelola Kejohanan Bola Baling PKP Kangar 2011, En. Roslan bin Rahim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Perlis. Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan tahniah kepada pasukan bola baling perempuan 2011, dan menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah tampil memberikan sokongan kepada pasukan sekolah.