Sekolah Kebangsaan Sena

Larian 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia Di SK Sena

Aktiviti SenaSK SENA, Kangar - Murid, guru, ibu bapa dan masyarakat sekitar SK Sena berkumpul di Dataran Sena pada 2 Julai 2011 untuk mengambil bahagian dalam Larian 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia yang berlangsung seawal jam 7.15 pagi. Larian tersebut yang turut berlangsung di semua institusi pendidikan di seluruh negara dimulakan dengan pendaftaran peserta mengikut kategori Tahun 1 - 2, Tahun 3 - 6 danYDP PIBG, En. Ahmad Shukri bin Ali melepaskan peserta-peserta larian kategori murid Tahap 2 Dewasa. Acara diteruskan dengan sesi memanaskan badan yang telah diketuai oleh penyelaras program 1Murid 1Sukan SK Sena, En. Saifur Ridzwan bin Mustafa.

Tepat jam 7.45 pagi, para peserta larian dilepaskan oleh Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), En. Ahmad Shukri bin Ali. Terdapat sebanyak tujuh checkpoint yang perlu dilalui oleh peserta sepanjang larian tersebut, dengan kad pengesahan diedarkan di dua checkpoint untuk memastikan para peserta mengikut laluan yang ditetapkan. Para peserta yang paling awal menamatkan larian telah menerima hadiah-hadiah yang disampaikan oleh Guru Besar, Penolong Kanan dan ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SK Sena.

CyKidzCRAZE telah berkesempatan menemubual beberapa orang tetamu yang hadir termasuk pihak pentadbiran sekolah, PIBG dan anggota masyarakat yang mengambil bahagian. Ketika memberi ulasan, En. Roslan bin Yatim menyebutkan bahawa program ini bukan sahaja dapat meningkatkan interaksi antara guru, murid, ibu bapa dan masyarakat sekitar, malah turut membantu menjayakan agenda Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencatat penyertaan larian serentak terbanyak dalam Malaysia Book of Records. Sebahagian peserta yang ditemui pula menyatakan pendapat agar acara seperti ini dapat diadakan dengan lebih kerap untuk membina hubungan yang lebih erat antara sekolah dengan komuniti di samping meningkatkan tahap kesihatan murid.

Nantikan video liputan program dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers