Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Dalam International Sports Carnival

InfoSenaSKSAT, Jitra - Pasukan Futsal dan Tenis Sekolah Kebangsaan Sena berada di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin pada 26 Februari 2012 untuk menyertai International Sports Carnival yang dianjurkan oleh sekolah tersebut melibatkan Sekolah-Sekolah Kecemerlangan Malaysia dan Wichianchom School, Songkhla, Thailand. Karnival tersebut yang menonjolkan beberapa acara seperti Futsal, Tenis, Pemain-pemain Futsal SK Sena menerima hadiah kemenangan dan sijil penyertaan semasa majlis penutup International Sports Carnival SK Sultan Ahmad TajuddinMemanah dan Bola Jaring telah diadakan untuk mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara murid-murid Sekolah Kecemerlangan di Malaysia, dan merupakan sebahagian daripada aktiviti Jaringan dan Jalinan Kebangsaan dan Antarabangsa Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan pendaftaran setiap pasukan yang mengambil bahagian. Terdapat lima buah Sekolah Kecemerlangan Malaysia yang mengambil bahagian, iaitu SK Sultan Ahmad Tajuddin, SK Sena, SK Jalan 3 (Bandar Baru Bangi), SK Ibrahim (Sungai Petani) dan SRK Seri Indra (Kangar). Seterusnya, acara sukan dimulakan dengan pertandingan Futsal dan Tenis antara sekolah-sekolah tersebut. Pada masa yang sama, perlawanan persahabatan turut berlangsung antara SK Sultan Ahmad Tajuddin dengan Wichianchom School dalam acara Bola Jaring dan Memanah.

Selesai pertandingan, satu sesi penutup telah diadakan di Dewan Seri Melur, SK Sultan Ahmad Tajuddin. Sesi tersebut dimulakan dengan persembahan kebudayaan oleh pasukan persembahan SK Sultan Ahmad Tajuddin dan Wichianchom School. Majlis kemudian diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada para peserta pertandingan yang menyaksikan pasukan Tenis SK Sena menjuarai acara perseorangan dan beregu campuran. Pasukan Futsal SK Sena pula telah berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan yang dijalankan. Semua guru dan murid yang hadir kemudiannya menikmati jamuan tengahari di Kantin SK Sultan Ahmad Tajuddin sebelum bersurai.

SK Sena mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur, SK Sultan Ahmad Tajuddin kerana sudi menjemput pihak sekolah menjadi sebahagian daripada International Sports Carnival 2012, dan mengharapkan agar hubungan persahabatan yang terjalin antara sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dapat diteruskan pada masa hadapan. Liputan penyertaan SK Sena telah disediakan oleh MEDIASENA. Nantikan video liputan dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers