Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Johan Bola Sepak PKP Kangar 2012

InfoSenaSRK SERI INDERA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena muncul Johan dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah-12 peringkat Pusat Kecemerlangan Pelajaran Kangar hari ini dengan kesudahan jaringan 3 - 1 mengalahkan pasukan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera melalui tendangan penalti setelah saingan terikat pada kedudukan 1 - 1 tamat sepenuh masa. Kejohanan tahun ini yang dikelolakan oleh Sekolah Kebangsaan StellaPara pemain bersama Guru Besar dan guru-guru SK Sena selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Bola Sepak Bawah-12 peringkat PKP Kangar 2012 Maris menyaksikan pertarungan sengit dalam perlawanan akhir, di mana pasukan SK Sena mendahului dengan jaringan 1 - 0. Gol penyamaan disempurnakan oleh pasukan SRK Seri Indera beberapa minit sebelum tamat perlawanan. Kedua-dua pasukan tidak menjaringkan sebarang gol dalam masa tambahan.

Pasukan SK Sena berjaya memasuki peringkat akhir kejohanan tahun 2012 apabila berjaya mengalahkan pasukan SK Jalan Raja Syed Alwi dengan keputusan 11 - 0, dan pasukan SK Seri Perlis dengan jaringan 3 - 0 pada hari sebelumnya. Mengulas tentang kemenangan tersebut, Ketua Jurulatih pasukan SK Sena, En. Shamsul bin Shuib menyebutkan bahawa keputusan hari ini menamatkan penantian selama lima tahun, selepas menjuarai kejohanan yang sama pada tahun 2007. Dengan kemenangan tahun ini, pasukan SK Sena akan mengetuai PKP Kangar untuk membentuk pasukan yang akan bertanding di peringkat negeri Perlis.

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh En. Rosli bin Osman, Ketua Unit Sekolah Rendah merangkap mantan Ketua Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Perlis dan En. Roslan bin Yatim, Pengerusi PKP Kangar yang juga merupakan Guru Besar SK Sena. Selain kemenangan tersebut, pemain-pemain SK Sena turut dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak (Norzulsyameer bin Zalaluddin, 6 Kenyalang), Penjaga Gol Terbaik (Muhammad Syafiq Aiman bin Shuib, 4 Omega) dan Pemain Terbaik Kejohanan (Muhammad Aizat bin Rosmi, 6 Kenari). Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemain, jurulatih dan pengurus pasukan yang telah bertungkus-lumus untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah-12 peringkat PKP Kangar 2012, juga kepada seluruh warga SK Sena yang tampil memberikan sokongan yang penuh bersemangat kepada pasukan sekolah. Penghargaan turut disampaikan kepada pihak SK Stella Maris yang bertindak sebagai jawatankuasa pengelola kejohanan, dan SRK Seri Indera selaku tuan rumah perlawanan akhir kali ini. Semoga kejayaan yang dicapai oleh pasukan bola sepak tersebut menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sena untuk terus berusaha mengharumkan nama sekolah pada masa hadapan.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers