Sekolah Kebangsaan Sena

Senamrobik 1Murid 1Sukan

Aktiviti SenaSK SENA, Kangar - Senamrobik 1Murid 1Sukan (1M1S) yang merupakan salah satu aktiviti dalam Bulan Kecergasan dijalankan serentak di semua sekolah seluruh negara mulai jam 8.00 pagi kelmarin. Aktiviti tersebut yang bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan cergas dalam kalangan murid sekolah turut dilaksanakan untuk merekodkan catatan Malaysia Book of Records dalam kategori "Largest Simultaneous Participation of School Students in an Aerobic Session".Guru dan murid SK Sena sama-sama menjayakan sesi Senamrobik 1M1S serentak seluruh negara

Suasana hujan renyai-renyai dan awan tebal yang menyelubungi sekitar kawasan Kangar, Perlis pada awal pagi tidak melunturkan semangat warga SK Sena untuk melaksanakan aktiviti berkenaan. Program diteruskan sebaik sahaja hujan berhenti dan langit kembali cerah. Sesi senamrobik di SK Sena dimulakan dengan pendaftaran murid seawal jam 7.40 pagi, di mana para murid dikumpulkan mengikut kelas masing-masing dan kehadiran dicatatkan oleh Guru Kelas. Taklimat pelaksanaan senamrobik telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SK Sena, Pn. Norma binti Ishak. Dalam taklimatnya, beliau menerangkan kepada semua warga SK Sena yang terlibat tentang kaedah dan langkah-langkah senamrobik yang akan dijalankan. Seterusnya, satu ucapan khas telah disampaikan oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim sebelum sesi dimulakan.

Sesi senamrobik di SK Sena dijalankan berdasarkan langkah-langkah senaman yang diedarkan oleh Bahagian Sukan, Kementerian Malaysia melalui video DVD yang dihantar ke sekolah-sekolah. Sesi tersebut yang berjalan selama lebih kurang setengah jam melibatkan lebih 800 orang guru dan murid SK Sena. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada para guru, murid dan semua pihak yang telah membantu menjayakan program Senamrobik 1M1S di SK Sena, serta mengharapkan agar aktiviti tersebut mencapai tujuan-tujuannya. SK Sena turut berbesar hati kerana dapat memberi sumbangan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records tahun ini.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers