Sekolah Kebangsaan Sena

Kejohanan Bola Tampar PKP Kangar 2013

Kejohanan Bola Tampar PKP Kangar 2013 di SK SenaSK SENA, Kangar - Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis (MSSPs) peringkat Pusat Kecemerlangan Pelajaran (PKP) Kangar telah berlangsung pada 5 dan 6 Mac 2013 di Dataran Sena, Sekolah Kebangsaan Sena. Kejohanan tersebut menampilkan 15 pasukan daripada 8 buah sekolah (8 pasukan kategori Lelaki, 7 pasukan kategori Perempuan) yang telah dikelompokkan dalam empat kumpulan, di mana Kumpulan A dan B menempatkan pasukan-pasukan kategori Lelaki, sementara Kumpulan C dan D pula menempatkan pasukan-pasukan kategori Perempuan.

Kejohanan tahun ini dimulakan seawal jam 2.30 petang pada kedua-dua hari pertandingan dengan perlawanan awal menyaksikan pasukan Sekolah Kebangsaan Seri Perlis menjuarai perlawanan peringkat Kumpulan A, sementara pasukan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera pula muncul Johan Kumpulan B. Pada masa yang sama, pertandingan kategori Perempuan sekali lagi diungguli oleh pasukan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera untuk Kumpulan C, manakala pasukan Sekolah Kebangsaan Behor Empiang berjaya mendahului Kumpulan D. Dalam perlawanan Separuh Akhir yang diadakan pada hari kedua kejohanan, pasukan SekolahPasukan SRK Seri Indera menerima hadiah kemenangan daripada En. Zainuddin. Kebangsaan Seri Perlis telah berjaya mengalahkan pasukan Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi dengan keputusan 50 - 29, sementara pasukan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera pula telah menewaskan pasukan Sekolah Kebangsaan Behor Empiang dengan kutipan mata 50 - 25 untuk kategori Lelaki. Pasukan Sekolah Kebangsaan Behor Empiang memenangi perlawanan dengan pasukan Sekolah Rendah Kebangsaan Stella Maris dengan catatan mata 50 - 20, dan pasukan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera pula berjaya menundukkan pasukan Sekolah Kebangsaan Bintong dengan mata 50 - 27 untuk kategori Perempuan. Dalam perlawanan Akhir yang berlangsung sebaik sahaja tamat pusingan Separuh Akhir, pertandingan kategori Lelaki menyaksikan pasukan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera muncul Johan dengan menewaskan pasukan Sekolah Kebangsaan Seri Perlis melalui catatan akhir 54 - 43. Perlawanan Akhir kategori Perempuan juga dimenangi oleh pasukan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera dengan mata 50 - 30 menentang pasukan Sekolah Kebangsaan Behor Empiang.

Majlis penutup Kejohanan Bola Tampar MSSPs peringkat PKP Kangar 2013 telah disempurnakan oleh En. Zainuddin bin Ahmad, Penyelia Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Perlis. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada para pemenang, dan menasihatkan semua pasukan yang bertanding agar terus meningkatkan prestasi permainan untuk kecemerlangan masa hadapan. Beliau juga mengingatkan semua murid agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum. Selesai ucapan, En. Zainuddin telah menyampaikan sijil dan pingat kemenangan kepada para pemain. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Roslan bin Yatim, Guru Besar SK Sena merangkap Pengerusi Pengelola kejohanan tahun ini, serta para Guru Besar sekolah-sekolah PKP Kangar.

SK Sena mengucapkan terima kasih dan menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kejohanan 2013, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Liputan media dan siaraya program telah disediakan oleh MEDIASENA.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers