Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Naib Johan Bola Baling Kawasan

Pasukan Bola Baling Lelaki SK Sena 2013 dalam kejohanan 2013 di Arena Bola Baling, Stadium Utama, KangarSTADIUM UTAMA, Kangar - Kejohanan Bola Baling peringkat Pusat Kecemerlangan Pelajaran (PKP) Kangar yang berlangsung pada 18 - 21 Mac 2013 yang lalu menyaksikan pasukan lelaki Sekolah Kebangsaan Sena mencatatkan kejayaan sebagai Naib Johan kawasan, manakala pasukan perempuan pula meraih tempat ketiga bersama dalam kejohanan yang sama.

Dalam perlawanan peringkat kumpulan, pasukan lelaki SK Sena telah menewaskan pasukan SK Jalan Raja Syed Alwi dan SRK Stella Maris, sementara pasukan perempuan pula dikalahkan oleh pasukan SRK Putra sebelum bangkit untuk menang dalam perlawanan menentang SK Bintong. Pada peringkat separuh akhir, pasukan perempuan SK Sena berjaya mengalahkan pasukan SK Jalan Raja Syed Alwi sebelum tewas kepada pasukan SK Seri Perlis dengan jaringan 0 - 2. Pasukan lelaki pula telah mencatatkan 4 - 1 menentang SK Behor Empiang dan 2 - 0 menentang SK Bintong. Kemenangan tersebut melayakkan SK Sena memasuki pusingan akhir, di mana pasukan SK Sena tewas kepada pasukan SK Seri Perlis dengan catatan 9 - 2.

Seramai dua orang pemain SK Sena telah terpilih untuk mewakili PKP Kangar dalam kejohanan peringkat negeri yang akan diadakan pada 12 - 13 April 2013, dan empat orang pemain pula terpilih untuk menyertai pemilihan pasukan yang akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Zainuddin bin Ahmad, Penyelia Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Perlis. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pengelola kejohanan, SRK Stella Maris, dan kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan penyertaan SK Sena dalam kejohanan tahun ini.

Liputan penyertaan SK Sena dalam Kejohanan Bola Baling PKP Kangar 2013 disediakan oleh MEDIASENA.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers