Sekolah Kebangsaan Sena

Kejohanan Balapan Dan Padang SK Sena 2013

Murid SK Sena mengambil bahagian dalam acara yang dijalankan sempena Kejohanan Balapan dan Padang 2013SK SENA, Kangar - Kejohanan Balapan dan Padang SK Sena Kali Ke-17 berlangsung dengan penuh kemeriahan pada 3 dan 4 Julai yang lalu di Padang SK Sena melibatkan semua murid dan guru SK Sena. Kejohanan tersebut yang menyaksikan pelbagai acara dipertandingkan sepanjang kejohanan merupakan kesinambungan daripada Sukantara SK Sena yang berlangsung pada minggu sebelumnya, di mana setiap rumah sukan sekolah telah berentap untuk mengumpul mata bagi merebut hadiah-hadiah yang ditawarkan dalam kejohanan tahun ini.

Majlis pelancaran kejohanan yang dijalankan pada hari kedua program telah dirasmikan oleh En. Azlan bin Shuib, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sena. Beliau telah menyampaikan ucapan sejurus sebelum melancarkan kejohanan dengan menyempurnakan gimik perasmian program. En. Azlan kemudiannya menerima tabik hormat dan menyaksikan perarakan rumah-rumah sukan yang mengambil bahagian. Terdapat sebanyak enam rumah sukan di SK Sena, dan setiap rumah sukan telah tampil dengan maskot, persembahan dan slogan masing-masing sempena perarakan tersebut. Lebih istimewa lagi apabila perarakan tahun ini diiringi oleh Rejimen Renjer Diraja yang dijemput khas untuk tujuan tersebut. Pada masa yang sama, majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh murid-murid Prasekolah.

Pada akhir kejohanan, Rumah Berlian telah diisytiharkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Balapan dan Padang SK Sena 2013. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua individu dan organisasi yang telah membantu menjayakan kejohanan tahun ini. Liputan dan siaraya program disediakan oleh MEDIASENA.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers