Sekolah Kebangsaan Sena

Perkhemahan Badan Beruniform 2013

Fasilitator daripada 4 Rejimen Renjer Diraja menunjukkan cara-cara memasak menggunakan bekalan dan peralatan ATM kepada para peserta Perkhemahan Badan Beruniform SK Sena 2013ORAN, Perlis - Perkhemahan Badan Beruniform SK Sena 2013 telah diadakan di Kem 4 Rejimen Renjer Diraja (RRD), di sini pada 4 hingga 6 Oktober yang lalu. Program tersebut yang melibatkan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 SK Sena telah dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Sena di bawah seliaan Penyelaras Badan Beruniform, Ust. Zuhairi bin Zakaria. Perkhemahan tahun ini melibatkan pelbagai aktiviti yang telah dirancang bersama dan dilaksanakan sepenuhnya oleh pasukan 4 RRD yang bertugas.

Acara dimulakan dengan pendaftaran peserta mulai jam 3.00 petang pada hari pertama program di lapangan kawad Kem Oran. Seterusnya, semua peserta di bawa ke kawasan perkhemahan dengan menaiki trak tentera yang disediakan. Satu sesi taklimat telah diadakan di Dewan Makan kem tersebut untuk memberi penjelasan kepadaPara peserta memerhatikan demonstrasi memasang hammock yang disampaikan oleh fasilitator 4 Rejimen Renjer Diraja para peserta tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang program. Aktiviti pertama yang telah dilaksanakan ialah sesi ice-breaking di Survival Village, sebelum diteruskan dengan Laluan Keberanian pada malam hari pertama program. Hujan lebat yang turun mencurah-curah sepanjang program tidak melemahkan semangat para peserta.

Hari kedua program dimulakan dengan sesi senaman pagi yang dipimpin oleh pegawai dan petugas 4 RRD. Seterusnya, para peserta telah mengikuti bengkel pembinaan hammock di mana setiap kumpulan diberi tugasan untuk membina hammock masing-masing dan dinilai untuk mencari kumpulan yang dapat menyiapkan tugas dengan paling sempurna. Acara kemudian diteruskan dengan latihan memasak menggunakan bahan makanan dan kelengkapan yang dibekalkan untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pada sebelah petangnya pula, semua peserta diberi penerangan dan latihan tentang ikhtiar hidup. Aktiviti malam pula dimeriahkan dengan persembahan oleh setiap kumpulan dalam slot Malam Kreatif.

Hari terakhir program menyaksikan para peserta yang terlibat dibawa ke kawasan hutan sekitar kem untuk aktiviti Chowder Challenge, atau Junggle Trekking. Majlis penutup program diadakan sebaik sahaja semua peserta pulang daripada aktiviti berkenaan, di mana hadiah-hadiah telah disampaikan kepada kumpulan-kumpulan yang berjaya memenangi cabaran-cabaran yang dijalankan.

Pihak sekolah menyampaikan penghargaan kepada para pegawai dan petugas Kem 4 Rejimen Renjer Diraja, Oran, Perlis kerana telah sudi menyumbangkan kepakaran, masa dan tenaga untuk menjayakan Perkhemakan Badan Beruniform SK Sena 2013. Liputan program disediakan oleh MEDIASENA. Nantikan video liputan dan temubual dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers