Kejohanan Merentas Desa 2015

Aktiviti SenaSK SENA, Kangar - Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan Sena telah berlangsung dengan meriah pada 31 Januari 2015. Program tersebut yang merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan sekolah melibatkan semua murid Tahun 3 hingga 6 yang beradaRD1 dalam 6 buah rumah sukan, iaitu Mutiara, Nilam, Berlian, Zamrud, Intan dan Delima. Setiap murid yang mendapat tempat pertama hingga tempat ke-25 untuk setiap aliran dan jantina layak menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing. Kejohanan tahun ini dimenangi oleh rumah sukan Intan dan diikuti rapat oleh rumah sukan Nilam dengan perbezaan 1 mata terkumpul.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan aktiviti regangan dan senamrobik melibatkan semua guru dan murid yang hadir. Kemudian, satu sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh En. Shamsul bin Shuib kepada para peserta untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Sebaik sahaja para guru yang bertugas di setiap checkpoint mengambil tempat, para peserta dilepaskan mengikut aliran, bermula dengan murid-murid Tahun 3, diikuti oleh murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang, di mana semua peserta yang berjaya mendapat tempat pertama hingga ke-10 dalam kategori masing-masing telah menerima pingat kejohanan. Piala Pusingan pula telah disampaikan kepada Ketua Rumah Sukan yang berjaya menjadi Johan. Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan Kejohanan Merentas Desa SK Sena 2015. Di akhir program, satu jamuan telah diadakan untuk meraikan guru-guru yang bertukar keluar, dan guru-guru yang berpindah masuk ke SK Sena pada awal tahun 2015.

 RD2   RD6      

 RD5   RD4