Sekolah Kebangsaan Sena

Makmal Penyelidikan & Latihan Perisian Sumber Terbuka

OSSLabMakmal Penyelidikan & Latihan Perisian Sumber Terbuka (OSSLab) merupakan satu projek usahasama antara CyQUEST, Unit ICT Sekolah Kebangsaan Sena dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer & Perhubungan, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Matlamat utama penubuhan makmal ini ialah untuk menyebarluaskan pengetahuan dan penggunaan perisian-perisian sumber terbuka (Free and Open Source Software, FOSS) kepada para guru, murid dan masyarakat di sekitar Sekolah Kebangsaan Sena, di samping mengkaji tahap keterdedahan masyarakat terhadap FOSS dan kesan penggunaan OSS di pelbagai peringkat. Sudah menjadi sesuatu yang diterima umum, bahawa kebanyakan pengguna teknologi yang tidak terlibat dalam bidang teknikal di Malaysia terikat dengan perisian daripada beberapa syarikat tertentu sahaja, iaitu apa yang biasa digunakan sejak turun-temurun. Adalah diharapkan dengan tersebarnya pengetahuan dan kemahiran berkaitan FOSS ini, para pengguna akan mempunyai lebih banyak pilihan dalam melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Untuk fasa pertama, makmal FOSS ini menggunakan kemudahan sedia ada yang terdapat di Makmal Komputer, Sekolah Kebangsaan Sena sebagai peralatan untuk ujian dan latihan yang akan dijalankan, di mana sistem Ubuntu GNU/Linux dipasang selari dengan sistem Microsoft Windows. Sebuah makmal mini yang secara khusus menggunakan sistem operasi dan perisian-perisian sumber terbuka juga telah dibangunkan dan kini beroperasi secara aktif. Pada masa yang sama, latihan berskala besar akan diteruskan seperti biasa di Makmal Komputer. Ujian dan latihan akan dijalankan secara berperingkat, dan melibatkan peserta-peserta yang terdiri daripada guru, murid dan masyarakat sekitar SK Sena. Pengembangan sistem dan peralatan akan kemudiannya dilakukan secara berperingkat. Secara umumnya, aktiviti yang dicadangkan oleh CyQUEST meliputi beberapa peringkat.

Antara komponen FOSS yang disediakan di OSSLab ialah seperti berikut:-

  1. Sistem operasi GNU/Linux (Debian "Squeeze" 6.0, Ubuntu 12.04 dan Ubuntu 10.04)
  2. LibreOffice
  3. The GNU Image Manipulation Program (GIMP)
  4. Mozilla Firefox
  5. Emulasi terminal seperti gnome-terminal, BASH, x-term dan lain-lain
  6. Klien pemindahan file FileZilla
  7. Kdenlive Video Editor
  8. Ardour Audio Editor
  9. Blender 3D Creation Tool Suite

Selain itu, terdapat juga beberapa pakej aplikasi lanjutan yang menjadi tunjang kepada perkhidmatan-perkhidmatan elektronik yang disediakan di SK Sena:-

  1. Pelayan (server) web Apache bertunjangkan Hypertext PreProcessor (PHP) dan bahasa pertanyaan pelayan (Server Query Language) MySQL.
  2. Sistem pengurusan bahan (Content Management System) Joomla!.
  3. Akses dan kawalan server jarak jauh (remote access) menggunakan SSH, SSH2, sFTP dan rsync.
Selain Mandriva, OSSLab juga mempunyai beberapa sistem operasi sumber terbuka dalam arkib, sebagai makluman kepada pihak-pihak berdekatan yang berminat untuk mencuba mana-mana sistem tersebut.
  1. Debian Lenny (5.0)
  2. Gentoo 2008.0
  3. Fedora 10
  4. openSUSE 10.0
  5. Ubuntu (pelbagai versi)
  6. FreeBSD 7.2
  7. OpenSolaris (2008.05 dan 2008.11)

Memandangkan kerajaan Malaysia sendiri sedang menjalankan usaha yang sama melalui beberapa makmal latihan OSS (Open Source Competency Center, OSCC) di bawah kawalan MAMPU, CyQUEST berharap agar satu program kerjasama antara OSSLab dan OSCC dapat dijalinkan untuk manfaat kedua-dua belah pihak serta masyarakat umum. Visi yang paling penting daripada projek ini ialah untuk melihat insfrastruktur ICT Sekolah Kebangsaan Sena berfungsi sepenuhnya menggunakan Perisian Sumber Terbuka dan Bebas.


UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers