Sekolah Kebangsaan Sena

Apa Itu CyQUEST?

S.E.N.A CyQUEST

 

S.E.N.A CyQUEST merupakan lembayung kepada beberapa projek yang menjadi komponen utama dalam pelan pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Sekolah Kebangsaan Sena (SK Sena), hasil daripada kebitaraan yang diperolehi melalui pengiktirafan SK Sena sebagai salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia. Semua projek berkenaan dibangunkan melalui kemudahan teknologi yang sedia terdapat di SK Sena, dan yang baru dipasang melalui peruntukan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Pembangunan dan penyelenggaraan projek-projek ini dijalankan sendiri oleh warga SK Sena.

Sehingga kini, sudah terdapat sebanyak enam komponen utama di bawah program CyQUEST, di mana setiap satunya mewakili projek yang telah dibangunkan, sedang dibangunkan atau masih berada dalam peringkat perancangan. Setiap komponen berkenaan melibatkan aplikasi ICT secara menyeluruh. Ini termasuklah rangkaian (network/LAN), sambungan internet (WAN), penghasilan bahan-bahan multimedia dan audiovisual dan lain-lain lagi. Memandangkan kebanyakan aktiviti yang dijalankan menggunakan talian sedia ada dan perisian-perisian sumber terbuka serta beberapa peralatan yang disumbangkan oleh pihak-pihak swasta, kos yang ditanggung dalam menjalankan aktiviti bagi setiap komponen CyQUEST adalah amat rendah.

S.E.N.A CyQUEST, seperti mottonya, Enabling Technology, merupakan satu jawatankuasa yang berkhidmat kepada Sekolah Kebangsaan Sena untuk menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada warga SK Sena mengenai pelbagai teknologi terkini dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang ada dan sedia untuk digunakan, namun masih belum menerima sambutan yang meluas. Dengan pendedahan kepada teknologi-teknologi berkenaan, CyQUEST berhasrat untuk menjadikan seluruh warga SK Sena lebih peka dan lebih berani menghadapi perkara-perkara baru di dalam bidang ini, yang kebanyakannya dapat menghasilkan manfaat yang tidak terhitung jika mampu digunakan dengan betul. CyQUEST juga berusaha untuk membina persekitaran ICT yang menyeluruh pada tahap yang tinggi berbanding kebanyakan institusi pelajaran rendah dan menengah di negara ini.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers