Sekolah Kebangsaan Sena

SK Sena Juarai Spell-It-Right Perlis

UiTM PERLIS, Arau - Pertandingan Spell-It-Right Challenge anjuran RHB dan New Straits Times yang dilangsungkan di sini hari ini menyaksikan murid Tahun 5 Elit Sekolah Kebangsaan Sena, Nadine Qathira binti Sahzan menggondol kejuaraan peringkat negeri, mengalahkan empat peserta lain dalam peringkat akhir yang melibatkan lima orang peserta dari Nadine Qathira dalam RHB-NST Spell-It-Right Challenge peringkat negeri Perlis 2011sekolah-sekolah seluruh negeri Perlis yang mengambil bahagian. Beliau yang merupakan salah seorang daripada sembilan peserta yang mewakili SK Sena berjaya meningkatkan pencapaian berbanding tahun 2010, di mana beliau telah dinobatkan sebagai Naib Johan apabila tewas kepada peserta dari SK Jejawi. Dengan kemenangan tersebut, Nadine akan mewakili negeri Perlis dalam pertandingan peringkat kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada bulan Julai yang akan datang.

Selain Nadine, Maliana Aqilah binti Mohd Nor dari Tahun 6 Cenderawasih turut berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan tersebut dan mendapat tempat keempat, manakala Nur Izzah binti R. Rashid dari kelas yang sama pula menerima hadiah saguhati. Seluruh warga SK Sena mengucapkan tahniah kepada Nadine Qathira, Maliana Aqilah dan Nur Izzah atas kejayaan masing-masing, serta menyampaikan penghargaan kepada semua wakil SK Sena yang telah menunjukkan semangat juang dan pencapaian yang membanggakan. Terima kasih juga kepada pihak penganjur pertandingan, RHB dan New Straits Times, kepada Universiti Teknologi Mara, Perlis selaku tuan rumah, juga kepada guru-guru pengiring yang menguruskan peserta-peserta SK Sena sepanjang pertandingan berlangsung.

Liputan penyertaan SK Sena dalam RHB-NST Spell-It-Right Challenge peringkat negeri Perlis 2011 telah disediakan oleh CyKidzCRAZE.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers