Pelancaran InDEX 2011

Aktiviti SenaSK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena hari ini melancarkan program InDEX, atau Independent Daily English Exercise bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan keberkesanan komunikasi Bahasa Inggeris dalam kalangan warga SK Sena. Program tersebut yang dijalankan berdasarkan modul yang diterbitkan oleh Pengetua Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Kedah, Tn. Hj. Ismail bin Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Tn. Hj. Ismail bin Ibrahim selepas majlis pelancaran InDEX 2011Ibrahim memaparkan modul latihan kendiri Bahasa Inggeris melibatkan beberapa siri bahan perbualan. Antara kandungan modul berkenaan ialah bahan perbualan umum, perbualan telefon dan kata-kata hikmat dalam Bahasa Inggeris.

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh En. Abdul Aziz bin Abdullah, pegawai Jabatan Pelajaran Perlis yang hadir mewakili Pengarah Pelajaran Perlis. Seterusnya, ucapan dan gimik pelancaran majlis disempurnakan oleh Tn. Hj. Ismail sendiri. Majlis diserikan lagi dengan demonstrasi perbualan ringkas dalam Bahasa Inggeris oleh murid-murid SK Sena. Selesai pelancaran, Tn. Hj. Ismail menyampaikan taklimat kepada guru-guru SK Sena tentang pengalaman beliau dalam memperkayakan diri dengan kemahiran berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris di luar negara, termasuk di Australia dan Eropah. Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan kerjasama semua guru dalam memastikan agar penggunaan modul latihan komunikasi yang dilancarkan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan di peringkat sekolah.

MEDIASENA telah berkesempatan untuk menemubual Tn. Hj. Ismail di Studio CyKidzCRAZE. Dalam temubual berkenaan, Tn. Hj. Ismail menerangkan dengan lebih lanjut tentang bagaimana timbulnya idea untuk menghasilkan modul komunikasi dalam Bahasa Inggeris tersebut, serta harapan beliau kepada SK Sena khususnya, dan pelajar-pelajar Malaysia umumnya dalam mendalami dan menguasai kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris yang sangat penting dalam dunia hari ini. Nantikan video liputan program dalam Galeri Video SK Sena.