Sekolah Kebangsaan Sena

Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan 1433H

Aktiviti SenaSK SENA, Kangar - Program Ihya' Ramadhan anjuran Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Sena yang berlangsung sepanjang bulan puasa tahun ini telah diakhiri dengan penuh kemeriahan dalam Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan SK Sena yang berlangsung pada 15 Ogos 2012 di Kantin SK Sena. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Zulkifli bin Deraoh, PenolongTn. Hj. Zulkifli menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim SK Sena disaksikan oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim Pengarah, Unit Pengurusan Pendidikan Islam dari Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perlis.

Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dengan kehadiran Tn. Hj. Zulkifli yang telah disambut oleh Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan, diiringi dengan paluan kompang oleh ahli-ahli Kelab Seni dan Kebudayaan SK Sena. Seterusnya, ucapan perasmian penutupan telah disampaikan oleh Tn. Hj. Zulkifli, di mana beliau telah menegaskan tentang kepentingan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan manusia, dan manfaat yang dibawa oleh Al-Quran, khususnya melalui penghayatan secara intensif dalam bulan Ramadhan untuk membentuk manusia yang lebih cemerlang di dunia dan di akhirat. Acara kemudiannya diteruskan dengan majlis khatam Al-Quran melibatkan seramai 51 orang murid Tahun 6 SK Sena.

Selain itu, antara acara-acara lain yang berlangsung sempena majlis tersebut ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan-pertandingan yang dijalankan dalam program Ihya' Ramadhan 1433H seperti Pertandingan Mengeja Jawi dan Tilawah Al-Quran, serta penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim yang juga merupakan murid SK Sena. Turut tidak ketinggalan memeriahkan majlis ialah guru-guru dan murid-murid yang mengadakan persembahan sempena majlis tersebut. Majlis pada hari berkenaan diakhiri dengan acara bersalam-salaman sempena Hari Raya Aidilfitri melibatkan semua guru dan murid.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan 1433H. Liputan dan siaraya majlis telah disediakan oleh MEDIASENA. Nantikan video liputan program dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers