Sekolah Kebangsaan Sena

Majlis Penutup Ihya' Ramadan 1434H

Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang aktiviti Ihya' Ramadan 1434H, Nur Adlina binti Azmel dari Tahun 5 ElitSK SENA, Kangar - Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Sena telah menganjurkan Majlis Penutup Program Ihya' Ramadan 1434H sebagai menandakan berakhirnya pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sempena kedatangan bulan Ramadan tahun ini. Majlis tersebut yang diadakan pada 2 Ogos 2013 yang lalu telah dihadiri oleh YBhg. Ust. Ahmad Nordin bin Awang, Penolong Pengarah Pengurusan Akademik Sekolah Agama, Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Perlis serta para pentadbir, guru, staf sokongan, ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan murid-murid SK Sena.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh dua orang murid SK Sena sebaik sahaja tetamu kehormat tiba di Kantin SK Sena. Seterusnya, Ust. Ahmad Nordin telah menyampaikan ucapan perasmian bagi melancarkan majlis berkenaan. Dalam ucapannya, beliau mengingatkan kepada para hadirin tentang matlamat sebenar puasa, dan menekankan betapa pentingnya matlamat tersebut difahami oleh semua pihak agar puasa yang dilaksanakan dapat meningkatkan ketakwaan.

Selesai ucapan, majlis diteruskan penyampaian hadiah kepada para pemenang aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan dan sumbangan kepada murid-murid SK Sena. Pada masa yang sama, majlis turut diserikan dengan beberapa acara yang telah dirancang oleh pihak penganjur seperti persembahan nasyid oleh pemenenang-pemenang pertandingan nasyid Ihya' Ramadan SK Sena 1434H dan program khatam Al-Quran melibatkan murid-murid Tahun 6 SK Sena.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan ke arah menjayakan Majlis Penutup Program Ihya' Ramadan SK Sena 1434H. Liputan dan siaraya program telah disediakan oleh MEDIASENA.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers