Sekolah Kebangsaan Sena

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013

Murid-murid SK Sena mengibarkan Jalur Gemilang dalam Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-56 di Dataran SenaSK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena telah melancarkan pelbagai program dan aktiviti di peringkat sekolah sempena meraikan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2013 yang merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan negara ke-56 bertemakan "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku". Program-program tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara, serta perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Semua aktiviti yang diadakan melibatkan semua murid Prasekolah hingga Tahun 6, dan dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK).

Antara acara yang telah dilaksanakan ialah pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013 Peringkat SK Sena, pertandingan melukis dan mewarna untuk Tahun 1 dan Tahun 2, pertandingan mengarang biodata Perdana Menteri Malaysia untuk Tahun 3, pertandingan menulis esei kemerdekaan untuk Tahun 4, pertandingan membinaInfrastruktur SK Sena turut dihiasi dengan hiasan-hiasan bertemakan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara replika untuk Tahun 5, kuiz kemerdekaan untuk Tahun 4 dan Tahun 5, pertandingan Basikal Merdeka untuk Tahun 6, Pertandingan Keceriaan Kelas Edisi Khas sempena Bulan Kemerdekaan, lawatan amal ke kediaman warga emas melibatkan pasukan guru dan murid serta banyak lagi. Sebilangan murid SK Sena pula telah menyertai Pertandingan Mencipta Buku Skrap Multimedia Kemerdekaan Peringkat Sekolah Malaysia 2013 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Pada masa yang sama, Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim turut menyarankan agar semua guru menyelitkan unsur-unsur kemerdekaan ke dalam sesi Pembelajaran dan Pengajaran sepanjang tempoh sambutan. Menurut Ketua Panitia PSK, Pn. Rashida binti Hasim, aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena sambutan tahun ini direka untuk menimbulkan keinsafan dalam diri setiap warga sekolah tentang kemakmuran yang dinikmati sebagai rakyat Malaysia seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke-56, dan betapa pentingnya setiap daripada kita berusaha untuk memelihara kemakmuran tersebut, serta terus berjuang untuk menambahbaik keadaan negara.

Selain program-program yang dijalankan, infrastruktur fizikal SK Sena turut dihiasi dengan Jalur Gemilang dan pelbagai paparan yang berkonsepkan kemerdekaan dan nilai-nilai patriotik bagi mewujudkan suasana ceria dan meningkatkan semangat warga sekolah untuk meraikan sambutan tahun ini. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2013 Peringkat SK Sena, dan mengharapkan agar semua akviti yang dilaksanakan mencapai matlamat yang diharapkan. Liputan program disediakan oleh MEDIASENA (Jurukamera: Aiman Hakim bin Aziz).

Maklumat lanjut tentang sambutan Hari Kebangsaan negara tahun ini boleh dilayari di http://www.malaysiamerdeka.gov.my/.

 

 

Tweet Sena

Translations

Dasar KPM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

1Murid 1Sukan

NKRA Pendidikan

Rancangan Malaysia Ke-10 (Pendidikan)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Penanda Buku

Bookmark SK Sena

Hubungi Kami

Logo SK Sena
 
Sekolah Kebangsaan Sena
(SK Sena)
01000 Kangar, Perlis
Malaysia
 
Tel: +604-9772204
Fax: +604-9772203
 
Koordinat GPS

Malaysian Venue

Code Club World Venue

Komitmen kami untuk Perisian Sumber Terbuka dan Bebas

FOSS @ Sena

LibrePlanet 2014

Statistik Kunjungan

2727263
Hari Ini
Kelmarin
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
635
482
2218
4963
19907
Loading ...