Sekolah Kebangsaan Sena

UPSR 2013

Murid SK Sena menerima slip keputusan UPSR 2013 daripada guru kelas. Turut hadir guru-guru mata pelajaran teras UPSR.SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena mencatatkan peningkatan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 apabila sebanyak 20 orang pelajar daripada 118 calon berjaya meraih keputusan cemerlang 5A. Keputusan UPSR SK Sena yang diumumkan hari ini menyaksikan lonjakan besar dalam peratusan cemerlang bagi mata pelajaran Matematik dan Sains berbanding pencapaian tahun 2012, dengan pertambahan sebanyak 5 orang pelajar mendapat keputusan A dalam subjek Matematik dan 18 orang dalam subjek Sains. Selain itu, Gred Purata Sekolah (GPS) SK Sena juga menunjukkan penambahbaikan dengan skor 1.88 berbanding 1.94 bagi tahun sebelumnya.

Pada masa yang sama, sebanyak 13 orang pelajar SK Sena turut mencatatkan keputusan cemerlang 4A1B dan 3 orang lagi dengan keputusan 4A1C. Dalam temubual bersama wartawan MEDIASENA, Setiausaha Peperiksaan Awam SK Sena, Pn. Zaity Safina binti Abdul Manaf menyebutkan bahawa keputusan tahun ini sejajar dengan sasaran yang ditetapkan oleh guru-guru selaras dengan perancangan yang dilaksanakan sejak awal tahun. Guru Besar, En. Roslan bin Yatim berkata, peningkatan dalam keputusan UPSR SK Sena tahun ini merupakan hasil daripada usaha bersungguh-sungguh semua guru dan murid yang terlibat. Beliau turut menyatakan harapan agar usaha yang gigih sedemikian dapat diteruskan untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan, dan agar semangat yang sama dimanfaatkan bukan sahaja dalam bidang akademik, malah juga dalam bidang koakademik dan kokurikulum untuk membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Slip keputusan peperiksaan disampaikan kepada setiap pelajar oleh guru kelas masing-masing. SK Sena mengucapkan tahniah kepada semua calon UPSR 2013, serta terima kasih kepada seluruh warga sekolah termasuk AJK dan ahli-ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang terlibat dalam menyediakan calon-calon peperiksaan untuk tahun ini. Kerjasama yang tidak berbelah-bahagi, serta tidak mengenal penat-lelah yang telah ditunjukkan amat dihargai. Liputan pengumuman UPSR SK Sena disediakan oleh MEDIASENA.

Perkara

Bilangan A
2012

Bilangan A
2013
Peratus Lulus
(Keseluruhan)
2012
Peratus Lulus
(Keseluruhan)
2013
5A312597.8397.50
Bahasa Melayu Pemahaman898597.8397.50
Bahasa Melayu Penulisan1147995.6589.80
Bahasa Inggeris303085.5184.70
Matematik475290.5890.70
Sains264494.2093.20
GPS1.94 (2012)1.88 (2013)

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers