Sekolah Kebangsaan Sena

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

 

Murid-murid SK Sena turut menzahirkan semangat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara dalam majlis pelancaran peringkat sekolah.SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah pada 20 Ogos yang lalu sempena ulangtahun kemerdekaan negara ke-57 dengan tema "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta". Selaras dengan itu, seluruh warga SK Sena yang hadir di Dataran Sena dalam acara sambutan tersebut menzahirkan rasa cinta kepada negara dengan penuh semangat melalui nyanyian lagu dan bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang. Upacara sambutan tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Zubir bin Ghazali.

Dalam temubual bersama MEDIASENA, Pn. Rashida Hasim, Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan SK Sena, sambutan tahun ini lebih istimewa kerana turut diterajui bersama oleh Pusat Sumber Sekolah serta Panitia Sejarah dan Reka Bentuk Teknologi. Ini membolehkan lebih banyak aktiviti sambutan dilaksanakan secara lebihJalur Gemilang berkibar megah dalam Majlis Pelancara Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat SK Sena. meluas dan meriah. Beliau turut menyatakan kesyukuran kerana majlis pelancaran sambutan 2014 dapat dijalankan setelah tertangguh beberapa hari disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu. Ujar beliau lagi, semua murid diharap dapat melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk lebih mengenali adat dan budaya Malaysia serta memupuk semangat cintakan negara dalam diri masing-masing.

Antara acara yang akan berjalan sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini ialah Pertandingan Pakaian Beragam Prasekolah, Pertandingan Pakaian Tradisional Tahun 1, Pertandingan Melukis Objek bertemakan Jalur Gemilang Tahun 2, Pertandingan Boneka Berpakaian Tradisional Tahun 3, Pertandingan Menulis Essei Tahun 4, Pertandingan Mencipta Replika Tahun 5, Pertandingan Lagu Patriotik Tahun 6, Kuiz 1Malaysia, Merdeka Race, Pop Kuiz serta Pertandingan Keceriaan Edisi Merdeka.

SK Sena mengucapkan tahniah kepada semua panitia dan organisasi yang terlibat melaksanakan Majlis Pelancaran dan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah 2014, serta menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menjayakan sambutan berkenaan.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers