Sekolah Kebangsaan Sena

Sekitar Lawatan Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia

Pada 14 April 2009, Sekolah Kebangsaan Sena telah menerima lawatan kerja daripada Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman bin Arshad, Pengerusi Panel Penasihat, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Dalam lawatan tersebut, Tan Sri telah melawat sekitar kawasan sekolah untuk melihat perkembangan program-program kebitaraan Sekolah Kluster Kecemerlangan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sena.

Bitara Lompat Tali, Sena Jumpers menjadi kumpulan bitara yang paling awal menyambut kedatangan beliau dengan memberikan satu persembahan yang cukup menarik sebaik sahaja Tan Sri tiba di perkarangan sekolah dengan diiringi pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Perlis.

Beliau kemudiannya melihat aktiviti Pengajaran & Pembelajaran berlangsung di Mathematics Access Center menggunakan teknologi SmartBoard kelolaan Bitara Matematik, GeniusMaths.

PnP di Mathematics Access Center

Seterusnya, Tan Sri dibawa melawat Studio CyKidzCRAZE dan satu temuramah ringkas telah diadakan antara Tan Sri dan krew studio yang terdiri daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Sena sendiri.

Temuramah di Studio CyKidzCRAZE

Selepas itu, Tan Sri dengan diiringi oleh Guru Besar, pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan Ketua-Ketua Bitara melawat satu lagi pusat aktiviti yang dikendalikan oleh Bitara ICT, S.E.N.A CyQUEST, iaitu OSSLab yang merupakan Makmal Penyelidikan dan Latihan Perisian Sumber Terbuka, sebuah makmal yang dibangunkan dengan nasihat dan kerjasama daripada Jawatankuasa Sumber Terbuka, Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan, Universiti Malaysia Perlis (OSSC, PPKKP, UniMAP).

Aktiviti ICT di OSSLab

Selain itu, satu sesi taklimat juga telah diadakan di mana Guru Besar memulakan sesi tersebut dengan memberi penerangan tentang sekolah secara umumnya, dan program-program kebitaraan SK Sena secara khususnya. Tayangan rakaman video sepanjang lawatan Tan Sri juga diadakan pada masa yang sama. Taklimat kemudiannya diteruskan dengan ucapan daripada Tan Sri, di mana beliau telah menyentuh tentang pemilihan dan konsep pembentukan Sekolah Kluster Kecemerlangan, serta aspirasi di sebalik konsep tersebut. Beliau menyebutkan bahawa sekolah-sekolah yang telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan merupakan sekolah-sekolah yang telah mencapai tahap kecemerlangan yang membolehkan pihak pentadbiran sekolah menetapkan sendiri perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk mencapai hala tuju, atau standard yang menjadi sasaran sekolah, ibu bapa, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Tan Sri juga memberikan sedikit ulasan mengenai pandangan beliau tentang aktiviti dan pencapaian program-program kebitaraan yang berjalan di Sekolah Kebangsaan Sena. Beliau turut memberikan beberapa saranan untuk meningkatkan lagi tahap kecemerlangan para pelajar di Sekolah Kebangsaan Sena dalam pelbagai bidang. Di akhir taklimat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sena, En. Roslan bin Yatim telah menyampaikan cenderahati berupa laporan aktiviti kebitaraan sepanjang 2008, laporan lawatan kerja tersebut dan gambar Tan Sri bersama Guru Besar, pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Perlis dan Ketua-Ketua Bitara yang diambil semasa ketibaan Tan Sri dua jam sebelumnya.

Taklimat di Bilik Mesyuarat SK Sena

Pihak sekolah dan semua bitara mengucapkan terima kasih atas lawatan Tan Sri. Kami mengharapkan agar Tan Sri berpuas hati dengan apa yang telah dilihat di sini, dan semua saranan daripada Tan Sri akan dijadikan panduan untuk membawa Sekolah Kebangsaan Sena, Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang lawatan Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman bin Arshad ke Sekolah Kebangsaan Sena. Nantikan video temuramah beliau dengan krew CyKidzCRAZE terbitan S.E.N.A CyQUEST!

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers