Sekolah Kebangsaan Sena

Lawatan Guru Besar Perlis

KANGAR - Satu lawatan Mesyuarat Profesionalisme Guru-Guru Besar Perlis telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sena pada 17 September 2009. Lawatan tersebut dimulai dengan ketibaan Guru-Guru Besar yang disambut oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan Sena di Dataran Sena seawal jam 8.00 pagi lagi. Sebaik sahaja semua Guru Besar tiba, majlis pun dimulakan dengan taklimat dan Mesyuarat Profesionalisme yang berlangsung di Bilik Mesyuarat SK Sena. Mesyuarat yang berlangsung selama lebih kurang dua jam itu membincangkan pelbagai perkara, termasuklah taklimat kecemerlangan sekolah oleh Guru Besar SK Sena sendiri, En. Roslan bin Yatim. Selesai mesyuarat, hadirin kemudiannya dibawa melawat ke pusat-pusat operasi sekolah dan program-program kebitaraan SK Sena, antaranya Mathematics Access Center, OSSLab dan Studio CyKidzCRAZE. Sebahagian Guru Besar yang hadir juga telah sempat melihat perjalanan proses Pengajaran dan Pembelajaran interaktif menggunakan SmartBoard di Bilik Tayangan. Bagi merakamkan pandangan Guru-Guru Besar yang hadir dalam majlis tersebut, CyKidzCRAZE telah menjalankan dua sesi temubual di studio. Seluruh warga SK Sena mengucapkan terima kasih dan menyampaikan penghargaan kepada Majlis Guru Besar Negeri Perlis kerana sudi hadir ke SK Sena hari ini. Semoga kedatangan tuan-tuan dan puan-puan sekalian dapat menyemarakkan kerjasama antara sekolah-sekolah di negeri Perlis dalam usaha melonjakkan kecemerlangan warga sekolah.

 

Dapatkan rakaman temuramah sempena lawatan ini di Galeri Video SK Sena

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers