Sekolah Kebangsaan Sena

Lawatan Amphawan Suksa School

SK SENA, Kangar - SK Sena kelmarin telah menerima satu lawatan dari Amphawan Suksa School, Bangkok, Thailand melibatkan seramai 26 orang guru sekolah tersebut. Lawatan tersebut yang bertemakan pertukaran maklumat pendidikan dan kebudayaan merupakan salah satu daripada sesi dalam siri lawatan ke sekolah-sekolah di Malaysia dan Singapura. Rombongan Amphawan Suksa tiba di SK Sena sekitar jam 12.00 tengahari, dan telah disambut dengan satu persembahan oleh kumpulan angklung SK Sena di Gelanggang Sena Jumpers. Selesai persembahan, peserta-peserta lawatan dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk satu taklimat ringkas yang telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SK Sena, Pn. Noridah binti Hamdan. Dalam sesi taklimat tersebut, Pn. Noridah telah menerangkan serba-sedikit tentang SK Sena dan perjalan program-program kebitaraan di sini. Beberapa soalan telah ditimbulkan oleh ahli rombongan, khususnya tentang kaedah pengurusan murid dan staf yang diamalkan di SK Sena. Sesi taklimat tersebut diakhiri dengan pertukaran cenderahati antara kedua-dua buah sekolah. Seterusnya, para pelawat dibawa melihat sekitar kawasan SK Sena, terutamanya bilik-bilik khas dan pusat-pusat operasi bidang-bidang kebitaraan SK Sena sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia. Antara tempat yang dilawati ialah OSSLab, Bilik Muzik dan Mathematics Access Center. Satu sesi temubual juga sempat diadakan di Studio CyKidzCRAZE.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada Amphawan Suksa School kerana sudi mengadakan lawatan ke SK Sena, dan mengharapkan agar ini bukan merupakan pertemuan terakhir antara SK Sena dan Amphawan Suksa. SK Sena juga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Perlis atas kerjasama yang diberikan dalam mengendalikan sambutan untuk lawatan tersebut. Liputan untuk sesi lawatan telah disediakan oleh CyKidzCRAZE. Nantikan video temuramah CyKidzCRAZE bersama Pengarah dan guru-guru Amphawan Suksa di Galeri Video SK Sena.

 



UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers