Sekolah Kebangsaan Sena

Lawatan Sekolah Kebangsaan Oran

SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena kelmarin menerima satu lawatan penanda aras daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Oran. Lawatan yang berfokuskan bidang-bidang kebitaraan Sekolah Kebangsaan Sena sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan itu bermula pada jam 3.00 petang dan mengambil masa lebih kurang dua jam. Pada awal lawatan tersebut, satu sesi taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat SK Sena, dan disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SK Sena, Pn. Noridah binti Hamdan. Selesai taklimat, rombongan telah dibawa melawat ke sekitar kawasan SK Sena, khususnya bilik-bilik khas dan pusat-pusat operasi bidang-bidang kebitaraan seperti OSSLab dan Mathematics Access Center. Semasa sesi berkenaan, beberapa soalan telah ditimbulkan oleh peserta-peserta lawatan, khususnya dalam aspek komponen-komponen kebitaraan, fungsi bilik-bilik khas yang dilawati dan pembangunan program kebitaraan di SK Sena. Seperti biasa, kru CyKidzCRAZE juga telah berkesempatan menemuramah beberapa orang tetamu yang hadir untuk melihat maklumbalas mereka tentang lawatan berkenaan.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Oran atas lawatan tersebut, dan mengharapkan agar program berkenaan menjadi permulaan ke arah hubungan dan kerjasama yang lebih rapat pada masa hadapan. Nantikan video temuramah CyKidzCRAZE bersama guru SK Oran di Galeri Video SK Sena.

 



UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers