Sekolah Kebangsaan Sena

Wichianchom Academic Festival 2011

WICHIANCHOM SCHOOL, Songkhla, Thailand - Festival Pengucapan Akademik dan Kebudayaan Wichianchom Kali Ke-2 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di sekolah berkenaan pada 9 - 11 Februari yang lalu, melibatkan tujuh buah sekolah Malaysia, masing-masing dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang dan Putrajaya. Sementara itu, sekolah-sekolah yang mewakili Thailand turut dijemput dari pelbagai wilayah, termasuk sekolah-sekolah dariPeserta-peserta SK Sena di hadapan dewan utama Wichianchom School Bangkok.

Acara hari pertama dimulakan dengan sambutan peserta oleh guru-guru Wichianchom School yang bertugas sebagai fasilitator dan pegawai perhubungan sepanjang program berkenaan. Sebaik sahaja semua peserta selesai mendaftar di tempat penginapan masing-masing, satu taklimat telah diadakan di dewan sekolah tersebut untuk menyampaikan maklumat perjalanan majlis kepada guru-guru pengiring. Semua guru dan peserta kemudiannya menikmati hidangan makan malam dan persembahan ringkas oleh pelajar-pelajar English Program di Wichianchom School.

Keesokan harinya, upacara diteruskan dengan perarakan wakil setiap negeri dari tempat penginapan ke Wichianchom School dengan menaiki beca, sementara peserta-peserta lain dibawa ke sekolah dengan menaiki kenderaan perarakan yang disediakan oleh pihak penganjur. Setibanya di Wichianchom, para hadirin telah disambut dengan perbarisan pancaragam dan dibawa masuk ke dewan utama, di mana acara perasmian telah diadakan dengan ucapan daripada tetamu Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim bersama ketua-ketua delegasi setiap negeri yang mewakili Malaysia dan wilayah-wilayah Thailandkehormat, antaranya Pengarah Wichianchom School, En. Silapachai Polkla. Majlis kemudian diteruskan dengan persembahan oleh wakil Malaysia dan Thailand yang diikuti dengan Pengucapan Akademik oleh peserta setiap sekolah yang mengambil bahagian. Wakil Sekolah Kebangsaan Sena, Muhammad Danish bin Saidar telah menyampaikan ucapan yang bertajuk "This Is My Story..." yang menampilkan keunikan negeri Perlis dan SK Sena sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia. Ucapan beliau turut diiringi dengan persembahan video yang diterbitkan oleh CyKidzCRAZE. Upacara pada sebelah pagi hari kedua diakhiri dengan pertukaran cenderamata oleh setiap sekolah yang hadir.

Pada sebelah petangnya, para peserta dibawa melawat Zoo Songkhla dengan diiringi oleh pegawai perhubungan masing-Muhammad Danish menyampaikan Pengucapan Akademik bertajuk This Is My Storymasing. Acara kemudian diteruskan pada sebelah malamnya dengan persembahan kebudayaan oleh setiap sekolah yang menampilkan kesenian negara masing-masing. Pasukan Action Song SK Sena telah menampilkan persembahan mereka yang bertajuk "The Wedding", iaitu persembahan Action Song yang telah mewakili negeri Perlis pada peringkat kebangsaan dalam pertandingan di Johor Bahru pada tahun 2010 yang lalu. Majlis persembahan kebudayaan tersebut juga menjadi penutup kepada festival tahun ini.

Hari terakhir festival tersebut menyaksikan para peserta bersedia untuk Peserta-peserta SK Sena semasa persembahan kebudayaanberangkat pulang ke negeri dan sekolah masing-masing, sementara sekolah-sekolah Thailand pula mengadakan lawatan balas ke Menara Alor Setar dan kawasan sekitar bandar Alor Setar. Secara keseluruhan, Festival Pengucapan Akademik dan Kebudayaan Sekolah Wichianchom Kali Ke-2 ini telah berjaya mencapai matlamatnya untuk menyerlahkan kebolehan murid-murid daripada setiap sekolah, sekaligus berkongsi dan bertukar-tukar pandangan melalui interaksi antarabangsa.

Bagi pihak SK Sena, seluruh warga sekolah amat menghargai peluang yang diberikan untuk menjadi sebahagian daripada acara tersebut, dan mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Perlis yang telah turut membantu dan memberi sokongan kepada SK Sena sepanjang penyertaan berkenaan. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah kepada para peserta dari kalangan guru dan murid yang telah menunjukkan prestasi persembahan dan ketrampilan yang tinggi, seterusnya membantu mengharumkan nama sekolah di peringkat antarabangsa. Semoga usaha gigih dan semangat yang ditunjukkan dapat diteruskan pada masa hadapan.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers