Sekolah Kebangsaan Sena

Tinjauan Pusat Penempatan Mangsa Banjir 2011

SK SENA, Kangar - Hujan lebat di luar musim yang melanda selama beberapa hari berturut-turut telah mengakibatkan bencana banjir buat kali kedua dalam tempoh lima bulan di beberapa kawasan di sekitar negeri Perlis. Seperti lazimnya, Sekolah Kebangsaan Sena telah ditabalkan sebagai salah sebuah pusat penempatan mangsa banjir, kali ini menempatkan mangsa-En. Mansor bin Lat memberi penerangan kepada Dr. Hj. Zahri bin Aziz sambil diperhatikan oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatimmangsa banjir dari kawasan Dewan Undangan Negeri, Sena melibatkan 177 keluarga yang terdiri daripada hampir 700 individu. Sehubungan itu juga, murid-murid SK Sena dibenarkan berada di rumah masing-masing sepanjang sesi penempatan tersebut, dan peperiksaan PKSR 1 yang sepatutnya berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April ini ditangguhkan ke tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Kementerian Pelajaran Malaysia, melalui Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Dr. Hj. Zahri bin Aziz telah mengadakan lawatan kerja bagi meninjau keadaan sekolah dan mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di SK Sena pada 1 April 2011. Dalam lawatan tersebut, beliau dibawa melihat sekitar kawasan SK Sena yang terjejas akibat banjir, dan bangunan-bangunan serta bilik-bilik yang menjadi kawasan penginapan mangsa banjir. Beliau turut melawat ke Kantin SK Sena yang berfungsi sebagai pusat pengurusan mangsa banjir kali ini. Turut hadir mengiringi beliau sepanjang lawatan tersebut ialah Pengarah Pelajaran Perlis, En. Mansor bin Lat, Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, serta Ketua-Ketua Sektor dari Jabatan Pelajaran Perlis.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat menunjukkan keprihatinan dan menghulurkan bantuan dalam menghadapi bencana banjir pada kali ini. Turut tidak dilupakan ialah Nestlé (Malaysia) Berhad yang telah memberikan sumbangan minuman percuma kepada mangsa-mangsa banjir yang berada di SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers