Sekolah Kebangsaan Sena

Lawatan Kerja Anuban Satun School, Thailand

InfoSenaSekolah Kebangsaan Sena hari ini menerima lawatan daripada Pengarah dan guru-guru Anuban Satun School, Satun, Thailand dalam rangka membangunkan hubungan kerjasama erat antara sekolah tersebut dengan SK Sena. Rombongan tersebut yang tiba di SK Sena sekitar jam 9.30 pagi turut disertai oleh En. Romlee Sumalee yang merupakan Pegawai Perhubungan Antarabangsa, Jabatan Pelajaran WilayahGuru Besar SK Sena dan Pengarah Anuban Satun School dalam sesi pertukaran cenderamata antara kedua-dua buah sekolah Satun, Thailand. Beliau turut bertindak sebagai jurubahasa dalam lawatan berkenaan. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Perlis diwakili oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Hasan bin Ebau Noi @ Abdul Rahman. Bersama beliau ialah En. Sulaiman bin Daud, Penyelia Kanan, Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah.

Ketibaan rombongan Anuban Satun School itu disambut oleh paluan kompang daripada pasukan kompang SK Sena. Seterusnya, para tetamu disajikan dengan jamuan ringan sebelum diiringi ke Bilik Mesyuarat SK Sena, di mana satu taklimat tentang operasi dan pencapaian sekolah telah disampaikan oleh Guru Besar, En. Roslan bin Yatim. Selesai mesyuarat, ahli-ahli rombongan dibawa melawat sekitar kawasan SK Sena.

Dalam sesi temubual di Studio CyKidzCRAZE, En. Romlee Sumalee dan Pengarah Anuban Satun School menjelaskan bahawa tujuan lawatan ini ialah untuk mewujudkan hubungan sekolah berkembar antara SK Sena dengan Anuban Satun. Antara program yang dirancang dalam pelaksanaan hubungan dua hala tersebut termasuk pertukaran guru dan pelajar antara kedua-dua buah sekolah. Selain itu, pihak Anuban Satun turut menjemput SK Sena untuk mengadakan lawatan balas ke sekolah tersebut pada bulan Mac yang akan datang.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada pihak Anuban Satun School dan Jabatan Pelajaran Wilayah Satun, Thailand kerana sudi mengunjungi SK Sena, dan mengharapkan agar hubungan yang terjalin antara kedua-dua buah sekolah ini akan membuahkan hasil yang bermanfaat dari segi pelaksanaan program-program kecemerlangan, serta perkongsian ilmu dan kemahiran antara kedua-dua belah pihak.

Liputan program disediakan oleh MEDIASENA. Saksikan video temubual lawatan dalam Galeri Video SK Sena.

 

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers