Lelaki Tertinggi Malaysia Di SK Sena
- Butiran
- Dikemaskini pada Selasa, 09 Julai 2013 13:37
- Diterbitkan pada Isnin, 27 Februari 2012 10:34
- Pengarang: SK Sena
SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena mendapat penghormatan apabila menerima kunjungan En. Beh Chyi Shang yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai lelaki muda tertinggi di Malaysia pada 16 Februari yang lalu. Rombongan tersebut yang turut disertai oleh Yang
Berhormat Mulia Dato' Seri Diraja Syed Razlan ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Exco Kerajaan Negeri Perlis mengadakan perbincangan umum bersama Guru Besar SK Sena, En. Roslan bin Yatim serta meninjau aktiviti persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sena.
Beh Chyi Shang tersenarai dalam Malaysia Book of Records Edisi Ulangtahun Ke-10 terbitan 2006 sebagai lelaki tertinggi yang termuda di Malaysia dengan catatan ketinggian 2.12 meter. Beliau yang berasal dari Pulau Pinang dilahirkan pada tahun 1972. Senarai yang sama turut memaparkan lelaki dan perempuan yang tertinggi di Malaysia, lelaki dan perempuan yang mempunyai ukuran tapak kaki terbesar, lelaki dan perempuan yang mempunyai ukuran bukaan jari terbesar, serta wanita terendah di Malaysia sehingga tahun tersebut.
Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada YBM Dato' Seri Diraja Syed Razlan dan En. Beh Chyi Shang serta ahli-ahli rombongan atas kesudian mengadakan kunjungan ke SK Sena.