Sekolah Kebangsaan Sena

Lawatan Pentadbir Sekolah Songkhla, Thailand

Guru Besar SK Sena memberikan penerangan tentang aktiviti kecemerlangan sekolah kepada para tetamu yang hadirSK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena kelmarin menerima lawatan kerja daripada kumpulan pentadbir sekolah Rangkaian Tone-Nga-Chang, Pejabat Perkhidmatan Pendidikan Rendah Kawasan Songkhla 2 melibatkan seramai 12 orang Pengarah / Guru Besar sekolah-sekolah kawasan tersebut bersama pegawai pelajaran dan pegawai penterjemah. Rombongan tersebut yang tiba di SK Sena sekitar jam 11.00 pagi telah disambut oleh Guru Besar dan Penolong Kanan sekolah di Dataran Sena.

Lawatan kerja berkenaan dilakukan untuk meninjau aspek pengurusan sekolah dan pelaksanaan program-program kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Sena sebagai salah sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia. Sebaik sahaja tiba di SK Sena, para peserta lawatan telah dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk satu sesi taklimat ringkas. Dalam taklimat yang telah disampaikan, Guru Besar, En. Roslan bin Yatim memperkenalkan SK Sena kepada para pelawat dan menerangkan tentang aktiviti-aktiviti kecemerlangan yang dijalankan secara berterusan oleh warga sekolah, khususnya dalam bidang-bidang kebitaraan SK Sena. Beliau turut menggariskan beberapa pencapaian utama sekolah sebagai contoh dan bahan perkongsian kepada para pentadbir sekolah yang hadir. Para peserta telah memberikan maklumbalas yang amat menggalakkan, dan meluahkan minat untuk membangunkan hubungan kerjasama rasmi antara sekolah masing-masing dengan SK Sena.

Seterusnya, para pelawat telah dibawa melihat sekitar kawasan sekolah dan bilik-bilik khas yang digunakan untuk pelbagai tujuan sebelum satu sesi jamuan ringan diadakan di Kantin sekolah. SK Sena mengucapkan terima kasih dan menyampaikan penghargaan kepada pihak pentadbir sekolah Rangkaian Tone-Nga-Chang kerana sudi mengadakan lawatan ke SK Sena, dan mengharapkan agar hubungan persahabatan yang lebih erat dapat dijalinkan pada masa hadapan.

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers