Lawatan SK Convent Infant Jesus (1)
- Butiran
- Dikemaskini pada Isnin, 29 September 2014 10:59
- Diterbitkan pada Isnin, 29 September 2014 10:09
- Pengarang: SK Sena
SK SENA, Kangar - Sekolah Kebangsaan Sena menerima lawatan penandaarasan kecemerlangan melibatkan seramai 40 orang guru dan staf Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus (1), Melaka pada 15 September 2014. Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau program-program yang dijalankan di bawah bidang-bidang kebitaraan SK Sena sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia, khususnya dalam pelaksanaan aktiviti inovasi antarabangsa EYReC-MINDS Young Researchers Club, Chapter SK Sena di bawah naungan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Lawatan SK Convent Infant Jesus (1) pada hari tersebut tiba di SK Sena sekitar jam 1.00 petang dan disambut oleh pentadbir dan guru-guru SK Sena sebelum dibawa ke Bilik Mesyuarat SK Sena untuk satu taklimat ringkas tentang bidang-bidang kebitaraan SK Sena. Seterusnya, satu pembentangan khas telah disampaikan oleh Pembantu Teknikal S.E.N.A CyQUEST tentang pelaksanaan program inovasi antarabangsa dan pencapaian yang telah berjaya diraih oleh pihak sekolah dalam bidang tersebut sepanjang dua tahun pelaksanaannya. Majlis kemudiannya diteruskan dengan pembentangan produk oleh pasukan-pasukan murid yang menyertai Sena Science Fair 2014 serta demonstrasi langsung.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada SK Convent Infant Jesus (1) kerana sudi berkunjung ke SK Sena, dan mengharapkan agar perhubungan yang dibina melalui lawatan tersebut dapat diteruskan secara berpanjangan pada masa hadapan.