Sekolah Kebangsaan Sena

Lawatan Staf Ke Taman Negara Dan Kuala Lumpur

110     Staf Sekolah Kebangsaan Sena telah membuat lawatan ke Taman Negara Pahang dan juga Kuala Lumpur semasa cuti Deepavali melibatkan seramai 22 orang staf beserta keluarga pada 19 - 22 Oktober 2014. Lawatan tersebut bertujuan untuk merehatkan minda setelah bertungkus lumus dengan aktiviti - aktiviti sekolah selama hampir setahun.

Lawatan tersebut tiba di Taman Negara Kuala Tahan sekitar jam 5.00 pagi. Selepas mendaftar di Mahseer Resort, staf beserta keluarga bersarapan dan berehat. Pada pukul 2.00 petang, ahli rombongan bertolak ke air terjun Lata Berkoh dengan menaiki bot yang telah disediakan. Peserta juga melawat tempat pembiakan ikan kelah yang terkenal iaitu Kelah Sanctuary Lubuk Tenor. Pada malam hari, para peserta telah ditontonkan dengan slide mengenai Taman Negara. Aktiviti Night Jungle Walk telah diadakan selepas itu. Berbagai jenis serangga dan binatang liar seperti rusa telah dapat diperhatikan.

Aktiviti hari kedua lebih mencabar di mana peserta telah dibawa ke Canopy Walk Way (Bukit Teresek). Pemandangan yang begitu indah telah dapat dinikmati di sepanjang aktiviti. Selepas itu, para peserta telah melawat perkampungan orang asli yang terdapat di pinggir sungai. peserta diberi penerangan cara kehidupan orang asli beserta dengan aktiviti seharian mereka. Selepas makan tengahari dan mandi manda, peserta telah meredah jeram dengan bot. Barbeque ada malam hari telah dapat menyegarkan semula kepenatan bermain air pada waktu siang.

Para peserta bertolak ke Kuala lumpur seawal 8.30 pagi hari ketiga. Setelah melawat sekitar Kuala Lumpur serta membeli belah, peserta bertolak pulang ke Perlis pada pukul 4.00 petang.

Sekolah Kebangsaan Sena mengucapkan terima kasih kepada pihak semua yang telah terlibat menjayakan lawatan ini. Di harap pengalaman yang diperoleh akan merangsangkan lagi usaha untuk menaikkan nama sekolah.

 112  111

 113

 

UPSR 2018

24.09.2018 08:00

Translations

Free Software For Education

A Word From The Creator Of Our Favorite Computer Operating System

Q: So, how do you feel about potentially billions of dollars of wealth being created from your creation that you're not necessarily directly cashing out?

A: So? If I hadn't made Linux available, I mean, I wouldn't have gotten a name, (or) money that way either. So I mean, it's a win-win situation. Just the fact that there are a lot of commercial companies, means that there are a lot of Linux people who used to work on Linux (kind of) along the side, and now they get paid for doing what they wanted to do. That helps me in the sense that I wanted them to work on Linux anyway.

- Linus Torvalds

 


 

No To Restricted Boot

This work by Erik Steinmann is licensed under a Creative Commons Attribution 3.0 Unported License.

Creative Commons License

 


 

Vote for open innovations and competitive technologies. Keep Patent Trolls™ out of education!

Pautan

Kerajaan Negeri Perlis

Anuban Satun School, Thailand

Laman Wikipedia SK Sena

MyGovernment

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Open Source Competency Center

Multimedia Development Corporation

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia

Universiti Malaysia Perlis

Universiti Sains Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Institut Pendidikan Guru Perlis

Jabatan Pendidikan Perlis

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis

Zoom-A

EDUWEBTV

Groklaw - Digging for Truth

GNUs Not Unix

Linux

The Internet's #1 Education Site for K-8 Kids and Teachers